Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah, kembali ke Malaysia...

Assalamualikum

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Allah pada aku dan semua yang membaca entry kali ni..ha3. Dah lebh sebulan aku tak menge'post' entry baru. Idea tu ada, tapi bila nak mula menulis, rasa macam ayatnye tak brape nak 'best' je. Bdw, kali ini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku sekali lagi pergi ke negara orang. ha3.

Actualy, aku baru je samapai dari Jakarta pagi tadi. Seminggu duduk sana sebab aku ikut kejohonan sukan kat sana, dan alhamdulillah team aku jadi juara. Em, sebenarnya aku tak sangka pulak dapat peluang lagi untuk ke luar negara. Pada aku, kalau aku pergipun mybe untuk tunaikan haji atau umrah, tapi alhamdulillah lagi sekali sebab Allah murahkan rezki aku.

Emm, selama duk kat Jakarta, banyak perkara juga aku belajar. Terutamanya beberapa bahasa orang sanala.Orang sanapun baik-baik, makanan senang nak cari dan yang paling penting murah. Oleh sebab jadual perlawanan yang padat, aku cuma dapat perg ke 3 tempat untuk 'soping2' je (Bandung, Tanah Abang n Mangga Dua). So sesiapa yang nak melancong p tempat yang senang n murah, bolehlah ke Indonesia. Tolak duit flight n tempat tinggal, bawak duit poket dalam '2 juta' pun dah cukup. Bolehla nak 'soping' ole-ole n makan dalam seminggu.

Apepun, aku bersyukur dapat pulang kat negara sendiri, jumpa family n makan makanan Malaysia. Nampak gayanye aku ni memang bukan jenis orang yang tahan duk jauh lama-lamala. Papepun, adious......

p/s : soryla, gambor masa kat sana aku malas nak upload..lagi pulak aku sekarang ni malasla nak letak gambo2 dalam blog, facebook o twitter..hahaha

Wednesday, November 9, 2011

"Masa yang mampu diulang"

Salam sejahtera ke atas kamu..

Straight to my topic, maybe ramai yang tak faham maksudnyakan. Sebenarnya ayat ni aku dapat lepas solat Maghrib tadi. Tupun lepas dok fikir apalah yang aku dah dapat lepas 23 tahun hidup as pelajar (actual period adalah 17 tahun)..hahaha. Yela, nak kata berjaya tue alhamdulillah sebab mampu juga genggam ijazah, tapi aku rasa macam aku dah banyak buang masa sepanjang jadi pelajar ni. Bukanla buang masa tuk belajar, tapi buang masa dengan buat macam-macam perkara lagha..hahaha. Kalaula ak btol-btol struggle, komfemla boleh capai lagi baik. 

Tapi, nak menyesalpun bukan boleh patah balik dan buat semula macam yang kita nak kan?  So, dengan pertanyaan, pemikiran seme nila yang buat tiba-tiba tajuk entri ni muncul dalam kepala otak ni...hahaha. Aku ingat untuk pengajian master aku nanti aku nak buat sebaik mungkinla. Dah kene kurangkan yang lagha-lagha ni. Dalam erti kata lain tue, aku nak ulang masa aku belajar dengan banyak main dulu dengan buat yang terbaik masa aku belajar master nanti. Buat masa ni sementara nak tunggu masuk sem, aku dah statla stady sikit-sikit. Moga bergunala serba sikit untuk master nanti. hahaha. 

So, doa-doakanla aku mampu ye.. ooo, ye, dalam entry ni juga secara tidak langsung menjawabla 'a big question' dalam post kat bawah kan..hahahaha

bye
Assalamualaikum

A big question??


Assalamualaikum..
Once again, after ‘a long period’, I decided to write back. It seems that I faced a few ‘unproductive’ months without any idea to tell you something although there are some ‘things’ I think need to discuss here.

Emmm, first thing that I would like to inform here that I was honoured a degree on the 15th October. So for this moment, I am a degree holder and that means a lot to me.  But, the big question now is what will I’m going to do after this??? Ohhh, this question was come out for ‘a very long time ago’ since I  finished my Industrial Training on last April and it take ‘ a very long time’ also to make a wise decision.  Can you guess what my decision ,Angah???  Hahaha.. memang saje je Doin tulis entry ni tuk aok...bising sgt nak entry baru..sambil tue nak latih English ni walaupun PPSMI nk dmansuhkan...hahhahaha


“ a very nonsense entry”

Monday, September 26, 2011

Hadiah Kawin..

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tulis pasal hadiah perkahwinan rasanya..Sebenarnya, dari malam semalam aku asik pikir apela yang nak dibagi masa kawan/ coursemate aku kawin awal bulan depan ni.. Adui, susahla nak pikir..memang banyak bende yang boleh bagi as a gift, tapi banyak juga faktor lain yang buatkan aku makin serabut nak pilih hadiah ni..

  • pertamanye, aku ni jenis yang tak pandai sangat nak pilih2 hadiah ni. Biasanya klu nak raikan sesuatu o seseorang aku belanja makan je. Tapi takkan nak belanja makan pengantin baru masa kenduri depa sendir..hahahaha
  • keduanya, inila kali pertama aku nak bagi hadiah sempena hari perkahwinan orang, jadi mestila hadiahnye lain dari hadiah untuk function2 bufday or keraian lain..
  • ketiga, aku ni masik lagi seorang "job seeker", so duitpun kurangla untuk mampu beli hadiah yang besar2 ni..hahahaha
  • yang last skali, aku kne juga bagi kawan aku ni hadiah sempena kawin die, sebab kawin ni sekali je seumur idup..tp kalau kawin banyak kalipun, aku tetap bagi adiah tuk perkahwinan pertama je..hahahah
hahaha, so..apela ye nak dibelikan ni..adui..

Sunday, September 25, 2011

aduhh...malu2..

 Salam sejahtera..

so kite pergi straight to our topic kali ni ye..petang tadi aku n family pergila hantar adik aku balik asrama..sebelum tue dah mengidam nak makan kfc, so sampai2 je bandar kitorang singgah KFC dulu..lepas makan kitorang pergila bank untuk urusan pengeluaran wang..

Haaa, time ni la ak nampak sesuatu yang agak memalukanla pada aku. Tak pasti pulak kalau kamu orang tak rasa pape..ish, ape pun tak bolehla klu macam tukan..hahaha...Ceritanya camni, sebelah bank adela kedai jual nombor ekoq..aku tak pastila pulak nombor ekoq jenis ape sebab aku dalam kete..Then keluarla seorang abang yang agak sasa badannya memegang tiket nombor bersama dengan wang baki. Mungkin duit baki beli nombor tu kot.. Suprisingly, abang yang sasa tadi adalah mungkin melayu dan memang sah-sah adalah seorang Islam.. tapi mesti kamu orang tertanya-tanya kenapa aku just cakap die 'mungkin melayu, tetapi sah seorang Islam' kan..sebabnya adalah seperti:

  1. Abang sasa tersebut mukanya macam melayu, tapi mungkin aku silap sebab orang indonesiapun muka macam melayu juga..dan tak semestinya Melayukan..dan juga Islam
  2. Abang sasa tadi aku kata sah seorang Islam sebab kat luar kedai tu dah de seseorang yang sedang menunggunya..atas motor lagi..seorang perempuan dengan anaknya yang maybe umur 3, 4  tahun.. Ape yang mengejutkan lagi sekali ialah, kakak tadi siap pakai tudung lagi..mesti seorang wanita Islam..kalau aku tak salahla, kalau aku salah, mintak maaf.
Aduh..aduh..aduh.., malunya aku rasa..Macam mane abang sasa tu boleh dengan selamba badak die je keluar tanpa segan silu lepas beli nombor ekor tu.. Depan anak bini pulak tue..huhhh..Takkan tak tao kot judi tu haram..Sian anak makan duit haram bang..Badan dah sasa, so kerjala lebih sikit kalau nak bersenang lenang..
Emm, moga2, orang tersebut sedarla. Bagus juga bila terserempak dengan mende-menda macam ni, at least dapatla juga pengajaran.. 

"YA ALLAH, AKU MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADAMU, SEMEMANGNYA AKU JUGA TAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN DOSA, TETAPI JAUHILA AKU DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA YANG LEBIH BESAR SEPERTI JUDI, RASUAH, ARAK, ZINA DAN SEBAGAINYA..AMIN"

-renung-renungkan-

Friday, September 16, 2011

saje-saje..suka-suka

 Emm, jumpa lagi kita. Rasanye tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI,  MAAF SEGALA SALAH SILAP pada semua. Minta maafla lambat sangat ucapnya. Bukanla lama tak buka blog, hari-hari buka. Tapi tak rasa nak menulis.

Baikla, sebenarnya sekarang nipun tak ade idea jugak nak tulis, tapi ntah kenapa tangan ni rasa nak menulis plak. 

Oh ya, nak bagitau, esok aku akan masuk ke alam pekerjaan seperti kawan2 aku yang lain. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari ALLAH. Memang excited giler2 nak kerja ni dan minggu ni memang membawa banyak khabar berita yang bagus2 sampai dapat melenyapkan kesedihan sebelumnya..chewahhh..hahaha

Berita lain ialah aku baru je balik jalan2 around pantai timur dengan sorang kawan aku. Dapat gakla tengok dunia luar lepas lama terperuk kat umah, sambil tu jumpa kawan lama n dapat kawan baru..hahaha..

Aduiii, banyak plak cakapnya, padahal kat atas tadi cakap takde idea kan.. Jadi mulai hari ni, aku istiharkan aku seorang yang berkerja. Masa untuk membaiki taraf idup sendir dan membalas budi family..
TATA...HAHAHA

Sunday, August 28, 2011

KONVO NANTI...

Assalamualaikum...

Ni aku nak listkan beberapa petikan berkaitan konvo aku nanti..Hahahaha

Dulu..
Mak n Ayah : Konvo nanti berapa haribulan?
aku : ntah, tak tao lagi..
Mak n Ayah : komfemkan cepat, senang nak apply cuti.
Sekarang..
Mak n Ayah : Konvo nanti berapa haribulan?
aku : Mybe 15 sampai 19 10 nanti.
Mak n Ayah : harap-harap hari cuti sabtu, mak dah takda cuti, ayah pulak kene pegi Sabah nanti.

Dulu..
Mak n Ayah : Gambar konvo nanti nak letak kat mane?
aku : mane-manela.
Mak n Ayah : letak kat dinding paling bawah,bawah gambar ayong angah..
Sekarang..
Mak n Ayah :  Gambar konvo nanti nak letak kat mane?
aku : Ikutla.
Mak n Ayah : letak belah tepi, tempat gambar konvo ayong..gambar tue bawak turun.

Dulu..
Mak n Ayah : Konvo nanti mak nak jumpa family 'die'?
aku : sila-sila, (hahaha)
Sekarang..
Mak n Ayah :Konvo nanti mak nak jumpe family 'die'?
aku : ......... (family sapela mak nak jumpe)

apa2pun, tak lama lagi aku konvo..harap2 dengan ape aku capai ni boleh menggembirakan parent aku, menjadi contoh pd adik-adik aku n menjamin masa depan aku nanti..InsyaALLAH.

Wednesday, August 24, 2011

peluang..

SeLamaT semua..

Hari ni kita cita pasal peluang sikit. Sebenarnya banyak peluang yang ada depan kita samaada kita tahu or tak tahu..Untuk budak macam aku yang baru abis belajar ni mestila nak peluang kerja yang bagus, pastu dalam bulan puasa ni pulak nak peluang membuat kebaik, peluang rasa malam lailatulqadar, pastu esok lusa dah raya nak peluang dapat duit raya banyak, beraya umah kawan-kawan lama. Dan tuk budak-budak tak cukup umur pulak mestila nak merasa peluang bercinta..hahaha..Tula antara banyak-banyak peluang yang sebenarnya ada depan kita.

Cuma satu yang kita tak sedari, banyak peluang-peluang ni yang kadang-kadang kita buat tak kesah je. Tapi bila dah melepas barula nak rasa menyesal. Contohnya macam tawaran kerja yang kita kononnya tak berminatpun nak apply, last2 bila dah sampai tarikh tutup barula kita rasa menyesal sebab tak cuba dulu. Dan ada juga peluang yang kita dah ambil tapi last-last kita rasa menyesal juga sebab kita ambil peluang yang satu tu, bukan peluang lain. Contohnya...ermmm, macam mane ye nak bagi contoh yang senang paham sikit ye..ok2..dah dapat..contohnya peluang cinta..kita memilih seorang lelaki o pompuan untuk menjadi teman kita konon-kononnya..padahal ada seseorang yang sangat-sangat sukakan kita. Tapi kita tetap memilih orang yang kita suka tadi dan menolak orang yang suka kita. Dan selepas beberapa tahun, hubungan kita putus macam tu je, mybe waktu tu baru kita pikir yang ape yang kita buat tu sia-sia je..hahaha(cinta monyet). Selain dari peluang-peluang tu, kita juga mesti pernah mengambil peluang yang kita rasa puas bila mengambilnya..Contoh terbaik ialah berbuat baik. Kita pasti akan rasa seronok bila lihat hasilnya juga baik..pokoknya hati mesti mau ikhlas..hahaha.

Papepun, yang penting kita sentiasa mengambil peluang yang baik dalam hidup kita. Biarla kita menyesal, bersedih, o meras ape je perasaan kurang senang bila mendapat tahu peluang tu kurang sesuai untuk kita daripada kita menyesal sebab tak pernah langsung cuba mengambil peluang (yang baik-baik aja) yang terhidang depan mata. Dan penting juga untuk terus mencari peluang lain dari terus menyesal dengan peluang yang dah lepas. Betol tak? Macam kata-kata yang diucapkan oleh pencipta telefon pertama ini..

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. – Alexander Graham Bell

SO, FIKIR-FIKIRLA YE..SELAMAT BERPUASA..

Monday, August 15, 2011

IKHLAS..uh, susahnya..

Asslamualaikum..

Jumpa lagi kita hari ni. Ape khabar anda semua? Puasa anda? Hahaha. Baikla, kalau semalam kita cakap untuk jadi baik, harapnya hari ni kita lebih baik dari hari-hari yang sebelumnyalakan.. Lepas jadi semakin baik, apa lagi yang kita nak ubah supaya kita ni bertambah-tambah baik???

Apa kata kita cuba belajar untuk jadi ikhlas plak. Ramai orang cakap yang nak jadi ikhlas ni memang susah. Btol ke?..Apa pendapat anda?.. Bagi aku, memang susah bebenor. Contohnya, kalau kita nak buat buat keputusan untuk sesuatu yang sukar..mesti kita akan tertanya-tanya lepas tu btol ke ape yang kita buat tukan..adakah kita ikhlas untuk ambik kepurusan tue.. Sebenarnya banyak lagi contoh yang selalu terjadi dalam hidup kita, tapi aku tak pandai nak explain.. Apa-apapun, mohla kita blajar untuk jadi seorang yang ikhlas..

Selamat berbuka..

Sunday, August 14, 2011

SEMUANYA BAIK, INSYAALLAH..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah masuk separuh bulan kita berpuasa di Ramadan kali ini. Dan sekarang kita sedang memasuki 10 hari dalam pertengahan Ramadan yang penuh berkat ini. Harapnya kita semua menjadi lebih baik dari keadaan yang ada sekarang. 

Untuk peringatan aku dan mungkin anda juga, marila kita jadi lebih baik, puasa kita  lebih baik, ibadah kita lebih baik, solat kita lebih baik, tarawih kita juga lebih baik. Dan tak lupa juga dengan hati, fikiran, pandangan, pendengaran, percakapan, serta perbuatan kita semuanya jadi makin baik. InsyaALLAH. Kontek 'baik' di sini boleh jadi pelbagai maksud, dan harapnya semuanya menjurus kepada 'baik' di sisi ALLAH dan Islam..

Selamat bersahur dan berpuasa..

Friday, August 12, 2011

kesukaan kepada perniagaan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dh masuk hari ke-12 kita semua berpuasa. Diharapkan semuanya dipermudahkan insyaallah. Baikla, kita pergi terus kepada tajuk entri kita pada kali ni. Semuanya bermula daripada hadiah mak sempena hari jadi aku yang dah lebih 2 minggu. Seekor arnab Lion Head. Thanx to my mum..hahaha. Mak jugak cakap, moga-moga dari seekor ni akan berkembang menjadi ladang haiwan dan terus maju. InsyaAllah.

                                                          cantikkan, Lion namanya..

Sebenarnya, masuk yang si Lion ni, dah 6 ekor menjadi belaan aku. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku just kira yang hidup je stakat ini. Memang menjadi kesukaan aku untuk membela segala jenis bagai haiwan. Dari kecik lagi memang macam tue.

Mari kita mengimbas apa yang pernah aku bela dari aku kecik sampaila ke besar macam ni. Emm, masa kecik-kecik dulu aku penah bela ayam seramai, banyak ekor juga rasanya, pastu bela kala jengking yang siap dengan anak-anak die yang cantik warna putih. Tapi tak lamapun sebab tak tahu nak bagi makan apa. Tak lupa juga masa tu aku bela ikan kecik yang perut buncit-buncit tue. Tak mahal mana pun, 50 sen je kot seekor. Tapi cepat mati. Hahaha. Tu semua masa aku sekolah rendah. Naik sekolah menengah tak ada binatang pun yang aku bela.

Tapi kegilaan dengan binatang datang balik lepas aku masuk universiti, aku mula beli sepasang hamster dan bela dalam bilik kolej masa aku tahun pertama lagi. Nak-nak pulak duduk bilik seorang, jadi tak adala yang nak komplen. Kali pertama aku bela mati, last-last aku belajar sikit-sikit macam mana nak biakkannya dan akhirnya berjaya. Dalam setahun aku bela, aku berjaya biakkan sampai lebih kurang 40 ekor. Ada yang hidup, ada jugak yang mati. Lepas setahun, aku jual semuanya dengan harga RM12 seekor. Kayala jap masa tu. Kemudian aku beralih kepada arnab, ikan koi dan kura-kura. Sampai la ni, hanya kura-kura dan arnab je yang tinggal. Arnabpun makin menbiak dan dah pernah terjualpun. Tak lupa juga bagi sedara-mara yang berminat nak cuba bela. Akupun rasa tak la loket sangat nak perabih duit nak bangunkan lagi fasiliti untuk arnab ni dan kalau ada rezeki aku nak buat secara komersial sebagai latihan sebelum aku nak buka ladang kuda, lembu dan kambing impian aku. InsyaAllah.

Banyak juga yang aku tulis kali ni, sebelum aku berhenti, aku  just nak bagi tao anda yang kalaula diberi peluang untuk memilih satu lagi binatang untuk dipelihara, aku nak sangat bela singa sampai die jinak. Hahahaha, nampak mengarut tapi tak mustahil sebab orang-orang dekat Eropah dah banyak yang berjaya. Tapi kalau kat Malaysia ni agak sukarla sebab mana nak dapt singa tu, jadi aku bela 'Lion' aku yang ni cukupla.

Hahahaha,  Akhir kata, selamat beribadah.

Tuesday, August 9, 2011

JADILA IKAN DI LAUT, JANGAN IKAN DI DARAT..

Assalamualaikum,

Hai semua, sementara nak menunggu waktu berbuka puasa yang lambat lagi akan tiba, saya nak kongsikan sedikit bidalan yang saya dapati daripada salah sebuah buku yang saya baca. Bidalannya mudah sahaja, 'jadilah ikan dilaut, tetapi janganla jadi ikan di darat'.

Agak-agak andala, apa maksud bidalan tersebut ye?..ce teka...ce teka...hahaha. Baikla, ikan dalam bidalan ini di samakan dengan hati kita..emm,tapi apa kena mengena hati dengan ikan ye? Kalau anda nak tahu, ikan dilaut sana, walaupun tinggal dalam persekitaran yang masin, tapi depa tetap dapat kekalkan "keneutrallan" depa. Maksudnya, daging depa tak pernahpun jadi masin. Tetapi, ikan di darat ni, klu kita duk lumur garam, akhirnya akan jadi ikan masin juga. Haa, itu baru maksud secara tersuratnya, macam mana pula maksud secara tersiratnya. Penulis buku ini nak kita kawal hati-hati kita supaya jadi ikan di laut, dan tak menjadi ikan di darat. walaupun apa yang kita tempuhi, hati kita harusla tetap pendiriannya, dan tak akan berubah dengan godaan-godaan, cabaran-cabaran di sekeliling. HAAA, macam mane, logik tak bidalan tadi, Jadi marilah kita fikir-fikirkan ya..

Selamat beramal dan selamat berbuka..

SALAM RAMADAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita. Sedar-sedar dah masuk haru yang ke-9 kite berpuasa. Tapi rasnyanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua. Semoga tahun ini kita dapat menjalaninya dengan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Bagi saya pula, tahun ini saya ingin berpuasa penuh dirumah selepas bertahun-tahun berpuasa jauh dari rumah. Dan kesempatan ini juga ingin saya gunakan untuk bersolat terawih penuh pada Ramadan kali ni, insyaAllah. Jadi apalagi, ayuh kita sama-sama merebut 'merit' untuk Ramadan kali ini.

Akhir kata, selamat beribadah.

Friday, June 17, 2011

ayam..ayam...bertelurla...

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Wah, sudah tiga hari berturut saya menulis dalam blog ini. Ini bermakna saya mempunyai masa senang dan idea untuk tiga hari ini. Hahaha, biasala untuk seseorang yang mengangur, semestinya mempunyai masa senggang yang panjang. Baikla, saya ingin bercerita tentang satu dokumnetari yang sedang saya tonton dalam MODERN MARVEL: THE EGG.
Ape yang diperkatakan tidak lari daripada apa yang saya pelajari. Dokumentari ini berkaitan pengeluaran dan penggunaan telur di Amerika sana. Di sana , ayam penelur dibela secara intensif (closed house) dan organic. Harga bagi telur organic lebih tinggi daripada telur ayam intensif sebanyak 4 kali ganda. Untung woo kalau bela ayam organic ni, tetapi di Malaysia perkara ini susah untuk dicapai ( kerana penternak kurang mematuhi ‘peraturan organik’ itu sendiri). Telur pulak mempunyai dua warna disana, coklat dari ayam merah, dan putih dari ayam putih.

pic from slaughtermachinery.com

pic from avant_gurdians.com

Apa yang mengagumkan adalah, persekitaran rumah ayam dan juga keadaan ayam mereka begitu bersih dan cantik, jauh berpeza dengan beberapa lading penelur yang saya lihat disini. Mungkin kerana di sana mereka mempunyai undang-undang yang ketat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha ternakan dan tiada di sini. Jadi pastila memreka perlu mematuhi untuk memastikan perusahaan mereka berjalan. Selain itu, di luar Negara, mereka cuba memperbagaikan hasil atau produk telur. Dari semua jumlah pengeluaran telur dalam sehari, 1/3 daripadanya dijual sebagai telur tanpa kulit. Maksudnya disini mereka menjual telur kuning, telur putih secara berasingan dan juga telur dalam bentuk serbuk. Jadi, tidakla berlaku pembaziran apabila telur yang tidak sempurna gred dan retak masih lagi boleh mendatangkan keuntungan. Telur kuning biasanya dijual kepada pengusaha makanan bakar dan mayonis, telur putih dijual kepada pengguna yang tidak mahukan sarapan dari telur kuning yang dikatan mengandungi kolestrol yang tinggi serta sebagai minuman kepada ahli bina badan dan telur serbuk dijual kepada kilang membuat aiskrim.
Bagi telur dengan kulit pula, pengeluar menjual kepada pengguna untu digoreng, direbus dan juga dijeruk. Dijeruk???.. serupa juga dengan cara kita membuat telur masin, tetapi mereka menggunakan ramuan yang lain dan mempunyai warna yang menarik seperti ungu, hijau dan hitam. Tidakla diketahui samaada kita masih lalu memakannya disini...hahaha.


both pic from simplyrecepies.com

Dah panjang sangat ni, apapun memang menarik apabila menonton rencangan-rancangan begini, jadi kalau anda ingintahu lebih lanjut, rajin-rajinla buka channel 555 di Astro ye...bye.

Thursday, June 16, 2011

SANG PENCARI KERJA....

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari ini saya ingin bercerita tentang apa yang telah saya usahakan untuk memcari pekerjaan yang cocok dengan kemampuan saya. Ini juga bagi memenuhi satu lagi impian besar saya iaitu mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan yang sempurna. Hahaha.... bukanla berniat untuk memilih kerja, tetapi pada fikiran saya, saya mahu pekerjaan yang sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan saya, jadi pekerja biasapun tiada apa. Cuba bayangkan yang saya dari bidang pertanian dan diberi kerja dalam bidang kejuruteraan ataupun ICT, kan memberi masalah kepada saya dan lebih-lebih lagi pada company..haahaha..

Baikla, ini adalah pengalaman saya mencari kerja selepas menamatkan pelajaran di UPM lalu. Semasa menjalani latihan industry, saya telah dihubungi oleh seorang dokter veterinary dari PPNJ untuk menghadiri satu temuduga jawatan EKSEKUTIF KOMODITI TERNAKAN di Johor. Memang hati antara gembira mendapat tawaran dan gundah-gulana kerana memikirkan Johor sangat jauh. Hahaha. Tetapi saya pergi juga untuk mendapatkan pengalaman. Memenag berbeza sekali temuduga kali ini, dengan ujian bertulis dan juga lisan. Soalan-soalan juga mencabar termasukla soalan genetic yang tidak saya pelajari.. huh.. dan keputusannya tidakla menjadi duka pada saya apabila kawan yang lebih memiliki kelebihan mendapat tawaran tersebut. Ini kerana saya merasakan bahawa saya belum cukup bersedia untuk bekerja dan juga mungkin saya hanya diberi peluang untuk menambah pengalaman menghadiri temuduga. Jadi saya balik ke rumah dan terus mengulangkaji nota-nota dan buku-buku penternakan saya supaya nanti, bila soalan temuduganya berkaitan penternakan, saya mampu menjawabnya..hahaha. Insyaalah.

Bermula selepas itu, saya menyempurnakan resume dan menhantarnya ke semua lading yang memerlukan pekerja dalam bidang yang saya ceburi. Saya juga telah menghantar boring untuk menjadi tutor kepada beberapa university tempatan. Tetapi buat masa ini, belum ada jawapan yang saya terima. Walaubagaimanapun, saya tidakla pernah merasa hampa kerana pada hemat saya, REZEKI ITU SUDAH DITETAPKAN OLEH MAHA SUCI ALLAH, CUMA MASA SAHAJA MENETUKAN SAMAADA KITA CEPAT ATAU LAMBAT MENERIMANYA. Dan satu lagi yang membuatkan saya rasa REZEKI ITU DI TANGAN TUHAN kerana saya tidak pernah meras sedetikpun cemburu apabila cosmate-cosmate mendapat pekerjaan.
Jadi, kepada semua yang diluar sana yang telah memohon kerja tetapi masih tidak berhasil, jangan merasa hampa, kecewa dan putus asa. Teruskan usaha, lengkapkan diri anda seperti memasuki kursus-kursus yang berkaitan dan tawakalla banyak-banyak. Semoga semuanya dipermudahkan..ADIOS.

Wednesday, June 15, 2011

dah tamat degree...yay..

Assalamualaikum...
Dah 4 bulan saya tak masukkan apa-apa entry baru, jadi rasa kekok pulak nak menulis lagi. Walaubagaimanapun, sebelum saya tulis lebih lanjut, saya mahu memanjatkan banyak-banyak rasa syukur kepada Maha Suci Allah yang telah memberi rezeki yang tidak terhingga sehingga saya mampu menamatkan pengajian peringkat Ijazah Muda saya. Kepada MAK, AYAH, dan adik beradik, terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan anda yang tidak terhingga sejak lahir hinggala mencapai tahap sebegini. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah matrikulasi dan juga university yang mencurahkan segala ilmu kepada saya. Dan untuk kumpulan terakhir sebelum saya tutup entry ini adalah kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat yang begitu banyak member dorngan,bimbingan dan juga sudi berkongsi masalah dan kewangan..hahahah.
Jadi, dengan ini, secara rasminya tamatla sudah sesi pembelajaran secara formal saya setakat ini. Alhamdulillah. Tapi orang dulu-dulu cakap, pembelajaran itu tidak berhenti sehinggala tamat nyawa kita. Lepas ni misi mencari kerja dan mana tahu kalau ada rezeki, saya akan sambung Master pulak. Insyaallah.
Bye2.

Monday, January 10, 2011

gombak agro farm...

hai semua...
sekarang aku tengah praktikal untuk melengkapkan semester terakhir ak sebelum boleh menggenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERTANIAN (SAINS TERNAKAN)...so biar aku ceritakana serba sedikit tempat praktikal aku...

aku buat praktikal dekat GOMBAK AGRO FARM. Ladang ni bukan macam ladang-;adang yang lain yang lebih berkonsepkan pembiakan... ladang tempat aku LI (Latihan industri) ni lebih kepada trading lembu, kambing, n biri-biri...so kerja tidakla banyak mane...

nak tahu kerja aku?...ahad dan isnin kitorang yang budak2 praktikal ni cuti.so kerja bermula hari selase pagi. pagi2 lagi kene basuh kandang lembu dengan lembu-lembunya sekali.. guna paip yang besor,seronok... pastu bawak lori amik hampas soya dari kilang buat tauhu..dekat jepun..1 bag harga die rm2..pastu bagila makan lembu2 ni..dah siap rehat2 dulu untuk sarapan..dalam kul 10 kalau hari tak hujan bawak kambing2 keluar meragut pulak. jadi pengembalala pulak.tapi seronok.. dalam pukul 12 bawak kambing balik..makan tengah hari lepas tue tunggula pelanggan yang nak datang beli binatang2 ni semua..tak kira, nak beli hidup atau yang dah siap sembelih,semua bisa diatur...hahahaha petang pulak ulang balik basuh kandang n bagi lembu dan kambing makan pelet..lepas tue rehat2la tunggu esok plak..

macam tuela kerja2 aku seminggu..tapi seronok, pengalaman barupun dapat, makan freepn dapat...jadi nak merungut ape lagi...maybe sebab bidang ni aku minat, so takdela aku rase susah sangat..jadi melalui cerita ni, korang konklutla sendiri same ade aku buat LI ni macam bersukaria, kerja atau latihan semata-mata..hahahaha

Friday, January 7, 2011

alhamdulillah (2010), insyaallah (2011)

assalamualaikum semua...

mintak maaf sebab dah lame sangat tak buat entry baru...semuanye atas kesibukan yang tak dapat dielakkan...berkaitan dengan tajuk entry kali ni, aku nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNYA sebab dengan rahmatNYA dapat aku harungi tahun 2010 yang penuh dengan suka duka, cabaran, pengalaman, ilmu pengetahuan, kesusahan dan kesenangan, kegagalan dan kejayan...semuanya memerlukan kesabaran, usaha yang gigih, kemampuan, kewangan, kegigihan dan semangat yang kuat...

atas sebab itu aku panjatkan kesyukuran kepadaNYA. tak lupa jugak pade kedua ibu-bapa, keluarga,orang yang tersayang (Adottbusuk), guru-guru, sahabat-sahabat dan semua manusia yang banyak membantu dari semua segi..

tahun 2010 memang memberi seribu kenangan pada aku. antaranya:
>aku dah selesaikan semua 7 sem aku kat UPM.
>Aku dah selesaikan projek akhir tAHUN aku dengan jayanye..(tapi resultnye hampeh jugak,hahaha)
>aku dpt result yang bagus sem ni
>n yang best, aku dapat pegi new zealand wooo..

n untuk 2011 pulak, aku harap aku caqpai yang lebih baik dari tahun lepas...insyaalalah