SAINS TERNAKAN

Assalamaualaikum,

Pertamanya terima kasih kerana sudi membaca info tentang page sains ternakan sebelum ini.. Malangnya saya sudah mendeletekan page tersebut untuk menggantikan dengan info terbaru yang saya rasakan sesuai. Emm, baru-baru ini saya memdapat permintaan dari salah seorng yang akan melanjutkan pengajian dalam Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) untuk menjelaskan tentang apakah yang akan dipelajarinya sepanjang tempoh 4 tahun akan datang. Jadi adalah baiknya saya menceritakan sendiri tentang apakah yang akan ditempoh oleh freshy-freshy baru Sains Ternakan nanti. Ini berdasarkan apa yang telah saya lalui sepanjang tempoh pengajian saya yang terdahulu.

Pada asasnya, Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) mengandungi pengajian tentang haiwan-haiwan yang boleh diternak (livestock) di Malaysia seperti haiwan ruminan (lembu, kambing, kerbau, biri-biri), poultry (ayam, puyuh, itik, etc..) bukan ruminan (babi, kuda, arnab , etc...). Pengajian termasuk dari aspek pengurusan ladang, pengurusan ternakan, pemakanan haiwan, pembiakan dan sebagainya.

Untuk tahun pertama, pelajar hanya mengambil subjek-subjek wajib universiti dan subjek-subjek wajib fakulti. Subjek-subjek ini kebanyakannya tidak ada kaitan dengan bidang penternakan. Subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang pertanian atau bidang ternakan hanya bermula pada tahun kedua dan seterusnya. Pelajar akan mempelajari tentang setiap haiwan dalam subjek-subjek khusus seperti subjek Sains Poultri, Sains Babi, Makanan dan Pemberian Makan, Sains Ekuin dan sebagainya.

Dalam tahun ketiga pengajian, pelajar harus mengambil subjek Projek Tahun Akhir selama dua semester iaitu pada semester kedua tahun ketiga dan semester pertama tahun keempat. Subjek ini memerlukan anda untuk menjalankan satu penyelidikan mengenai bidang-bidang ternakan. Anda harus memilih seorang pensyarah sebagai supervisor untuk membimbing anda untuk melakukan penyelidikan. Anda juga bebas memilih untuk melakukan apa sahaja bidang penyelidikan seperti ruminan, poultri, pemakanan, genetik dan sebagainya. Pada masa ini, semua pengetahuan yang anda dapati dari tahun pertama sehingga tahun akhir amat-amat diperlukan. Setelah selesai semua penyelidikan dan pembentangan, semuanya harusla dijadikan sebuah thesis yang akan menjadi simpanan anda dan universiti..hahaha

Untuk semester akhir, anda tidak akan berada dalam kawasan kampus kerana anda dikehendaki memilih tempat untuk melakukan latihan industri selama satu semester. Anda juga bebas memilih tempat dan bidang yang anda minat untuk menjalani latihan. Diakhir semester, anda harus membentangkan apa yang anda pelajari dan pendapat anda tentang industri yang anda jalani selama satu semester tersebut. Akhirnya, jika anda dapat menyelesaikan semua pengajian tanpa sebarang masalah, anda layak dikurniankan Ijazah Sarjana Muda Pertanian (Sains Ternakan)

SELAMAT BERJAYA









3 comments:

  1. Assalam..saya ingin bertanya sbg pelajar lepasan spm dan baru shj tamat diploma dari aliran sastera.. Bokeh ke saya apply kos tersebut..? Ada kemungkinan tak saya boleh dapat kos itu..? Terima kasih sudi jawab pertanyaan saya :)

    ReplyDelete
  2. nak tanya apa kerjaya kawan2 senior & junior course ni. ramai tak jelas kebolehpasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, setahu saya kebanyakkan lepasan kos ni mendapat pekerjaan dalam bidang ternakan. memang banyak peluang kerja lebih-lebih lagi dalam bidang poultry seperti dari ladang ayam-ayam pedaging atau penelur. terdapat juga yang bekerja dalam bidang ruminant dibawah syarikat2 glc seperti felda, felcra dan juga beberapa syarikat lain. Malah saya sendiri pernah bekerja dalam sebuah anak syarikat kerajaan negeri berkaitan ternakan lembu sebelum berhenti untuk sambung pengajian.
      Selain itu, ada yang bekerja membuka ladang sendiri dan alhamdulillah boleh dikatakan berjaya.

      Delete