Monday, May 21, 2012

Bersalah, doktor dan kuku



Nak dijadikan cerita, Selasa baru ni adik aku yang lepas SPM tu masuk wad, disyaki denggi. Memang minggu lepas boleh dikatakan hamper semua ahli keluarga aku demam. Dari ayah sampaila adik. Jadi, pagi Selasa tu mak bawa adik pergi buat ‘check up’ dekat hospital dan Dr. suruh masuk wad. Masa tu mak dan adik aku je tinggal berdua dekat rumah. Petang tu mak aku telefon aku, masa tu aku ‘blur-blur’ sebab baru bangun. Mak aku mengadu tak larat dan suruh aku balik petang tu juga. Aku dengan selamba je ‘refuse’ sebab Rabu aku dah janji dengan beberapa orang nak buat ultrasound. Mak aku cakap takpela dan letak telefon. Lepas tu baru aku terfikir yang aku cakap tadi tu mak aku. Aduh, menyesal gila beb sebab aku tolak tak mahu balik. Jadi aku ‘call’ member cakap batal program esoknya, ‘message’ penyelia aku mintak cuti dan terus siap-siap nak balik. 

Rasa bersalah beb. Kalau anak sendiri tak mahu jaga mak, sapa lagi.  Lepas maghrib aku pecut balik rumah. Sampai lebih kurang pukul 9 lebih. Tengok mak aku dah sihat sikit, Cuma badan lemah-lemah.

Pagi rabu, pagi-pagi aku bawa mak aku pergi hospital. Nak ‘check’ darah. Tunggu lama juga. Tapi takpela, ramai lagi yang sakit. Lepas angka giliran mak aku sampai, akupun ‘escort’ mak aku masuk jumpa Dr. First impression masa tengok Dr. tu, okla. Macam dr lain. Tapi die check mak aku sekejap je. Lepas tu aku pun start la perhati dr. 2. Alahai, siap simpan kuku panjang dengan warna-warna lagi. Terus aku terfikir, boleh ke Dr. simpan kuku panjang nak rawat pesakit. Even dia dr. perempuanpun aku tetap rasa tak patut. Yela, walaupun pada dia dah cakap kuku tu bersih, tapi pada orang lain, orang-orang kampong, tetap rasa kuku panjang tu kotor. Aduila dr.,

Jadi, ‘please’ bakal-bakal dr., dan juga dr-dr. lama, tolongla ye. tolongla jaga etika, penampilan semua. ‘you should be a role model for others’. Kan ke dr. selalu pesan pada pesakit kena jaga kebersihan selalu. Baru penyakit tak mahu dekat. Apapun, semoga dr. tu sedar. Aku bukan marah, Cuma ‘curious’, boleh ked r. simpan kuku panjang. Tu je. Kalau boleh takpela. Papepun, semua family aku dah beransur ok. Adik akupun dah keluar wad. Tq pada dr n nurse ok.
p/s: jangan lupa (utamakan) berbakti pada parent dahulu, sebelum berbakti pada perkara lain.

Tuesday, May 15, 2012

Bulan-bulan sukar.



Macam biasa, mintak maaf sebab lama sudah tidak ‘mengepost’ apa-apa. Sejak dua menjak ni, aku terpaksa menempuh bulan-bulan yang sukar. Bak kata orang Inggeris “ toughest month”. Hahaha.

Untuk pengetahuan semua, sekarang aku sudah mula kena tolong jalankan projek untuk ‘master’, sambil-sambil itu, aku kenala belajar sekali dan mana tahu boleh ‘run’ sekali projek aku. Jadi memang tak ada mas nak buat entry baru. Tambah pula projeknya dekat Kluang, Johor sana. Jadi kena ulang-alikla ke sana selalu. Penat weh, penatmental, fizikal semua. Hahaha. Tapi tak apela, boleh tambah ilmu dan memang ‘aim’ aku nak habiskan pengajian dalam setahun setengah saja kalau mampu. InsyaALLAH.

Selain kena ulang-alik Johor, aku kena siapkan abstrak untuk seminar kat Langkawi bulan 6 nanti. Alhamdulillah, baru je siap. Tunggu sv betulkan lagi. Harap-harap semuanya okayla sebab semua yang lain dah aku buat termasukla tempah hotel. Pengalaman pertama pergi seminar luar. Hahahaha. Harap-harap kertas ni dapat diterbitkan dalam apa-apa jurnalla. InsyaALLAH.

Tak habis takat situ sahaja, lepas ni kena siapkan proposal pulak. Sebabnya, proposal yang sebelum ni kena buat banyak perubahan pasal projek yang aku nak buat nipun dah berubah. Apapun, harapnya ALLAH permudahkanlah urusan hambaNYA ini. AMIN..

Jadi, disebabkan aku dah terangkan panjang lebar tentang apa yang aku buat masa bulan-bulan sukar ni, maka harapnya, yang selalu singgah ke blog ni dapatla memahami mengapa saya jarang ‘mengupdate’. Kalau tak ada halangan, bila sudah siap semua kerja, kita akan berkongsi lagi. Hahahaha

p/s:Semoga semuanya dipermudahkan..

Sunday, April 29, 2012

PERKARA YANG DAH BERLAKU.


Beb, maafla dah seminggu tak ‘update’ blog. Bukan malas, tapi banyak sangat perkara yang dah berlaku. Jadi, tak mahu cerita pendahuluan panjang-panjang, ‘follow’ sajalah apa yang dah berlaku pada aku minggu lepas..
·        
  • Sabtu lepas aku dah tamatkan kemarau gol dalam ‘game’ (ayat macam’star’ je, padahal takde apapun). Dan sabtu ni tambah lagi dua. Hahaha
  •   Selasa lepas wan aku (panggilan untuk nenek bagi orang Pahang) meninggal dunia. Innalillah. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan yang baik-baik
  •   Jadi automatiknya aku cutila dari selasa lepas. Termasukla kena ‘skip’ periksa presentation. Hahaha.
  • Jumaat baru ni, duit untuk bulan lepas yang aku tunggu-tunggu dah masuk. Alhamdulillah. Bolehla bayar apa yang patut. Harap-harap takla boros.
  • Minggu lepasnya dengan rasmi aku dah mendapat ‘kereta pertama’. Kalau ikutkan aku, tak mahu pakai kereta dulu, tapi atas nasihat mak, terpaksala dengar. Ingat, syurga di bawah kaki ibu. Ahaks. Harap-harap aku mampula bayar bulan-bulan.
  • Agak sibuk minggu lepas sampai tak sempat nak update untuk ILMU LIVESTOCK punya entry. Jadi, harap bersabar.
Itula semua yang jadi dalam satu minggu ni. Harap2 follower yang selalu jenguk tak kecik hati.

p/s: feedjit dah tak betul. Salah install ke hape..

Friday, April 20, 2012

CUAINYE AKU………....YA ALLAH, AMPUNKANLAH AKU..


Hari ini aku punya cabaran yang agak getir (waduh, udah gaya bahasa Indonesia). Sebabnya, balik dari solat Jumaat tadi, lepas makan semua baru aku sedar beg duit aku hilang. Maknanya, antara masa lepas aku pg kedai minum lepas Jumaat tadi sampaila aku ke bilikla beg duit aku tu hilang atau tercicir. Sampai2 bilik baru aku sedar beg duit aku takde dah. Dengan sabarnye aku ulang balik tempat yang aku dh lalu tadi. Bukan sekali, tp dekat 6 kali. Still jugak tak jumpa. Puas dah aku fikir2 balik, mane pulakla beg duit aku. CUAI GILA AKU SAMPAI BENDE PENTING MACAM TU BOLEH HILANG.

Tp aku tak tahu kenapa aku kurang sangat cemas kali ni. Mmg aku tak tipu ade rase geram dengan diri sendiri sebab cuai, cuak, cemas n segala bagaila. Cuma kali ni, perasaan tu takla teruk sgt mcm kejadian-kejadian aku hilang barang sebelum ni. Awal2 tadi je, tapi slow dh sbb aku dh borak2 dengan parent aku, lega ckit rase. Lagi satu, mybe sbb aku dh pasrah sgt pd ALLAH. Byk kali aku doa td supaye dipermudahkan aku jumpa. Mungkin belum rezeki aku lagi.

Aku sekuat hati tak mao fikir yg bukan2. Takut gak aku kalau aku salahkan org lain, kg tak pasal2 brg hilang, dosa plak dapat. Kalau boleh, aku tak maola fikir org amik ke, curi ke (walaupun kdg2 td terpikir jugak). Biarla aku piker yg ni salah aku. Sendiri cuai.

So nak dijadikan cerita, sampai la ni la aku tak jumpa lagi. Reportpun aku tak buat lagi, sebab aku takut kalau2 terjumpa o ade orang yang baik hati pulangkan malam ni. Kalau takde juga, esok pagi mmg kne buat report la. PADA SAPA2 YG JUMPA TU, MOHONLA JASA BAIK PULANGKAN YE..KALAU DUIT DALAM TU NAK AMIK, AMIKLA, AKU HALALKAN, DAPAT DOKUMEN2 PENTING DALAM 2 JADILA.

Kejap lagi aku mao cari lagi, harap2 jumpala. Sebabnya aku rase aku dh mcm nk stress je ni..hhahaha (gelak lagi baik dari mengeluh) okla, sampai cni dlula. Nak tggu Isyak. Doa2la aku jmp dompet aku ye.

p/s:  apa disebalik ujian ALLAH ini :penghapus dosa, atau peluang menambah pahala atas sifat sabar, atau DIA mahu aku makin dekat dengan DIA. YA ALLAH, berikanla aku petunjuk, ampunkanla dosaku…

       : kalau dpt borak kejap dengan Adottbusuk ni, bleh gak release tension ckit (angan2 je lebih)

Wednesday, April 18, 2012

salah orang aje!!

Nak dijadikan crita, td siang aku lepak2la smbil de 2 orang mamat ni bergaduh. Masalahnya yg dorang dok bergaduhnya pasal salah same sendiri. Rimas jugakla mendengarnye. Ingat nak bergurau je, tp lame2 macam gaye kasar plak. So ak dengan drastiknya mencelahla dengan ayat yg aku baru belajar minggu lepas daripada seorang brader ni. Ms aku mula2 dengar dulu, mmg sentap jgkla wlaupun xtuju kat aku, tp xtaola dorng ni sentap ke x..Aku ckp mcm ni...

" kita ni xpayah cr salah org, kalau kita cari jugak mmg jumpe pnyla walaupun pd org lain xkira bende 2 salahpun."

lps 2 aku blah cepat2, tkut gak kene hempuk. Aku bukan kenalpun dorg 2 sape. Hahaha. Tapi aku  mmg rase ayat yang aku dpt dr sorg bro aritu mmg tepatla. Kalau kita nk cr slh org, xpyh tggu lm, seminit tgkpun kita bleh  jmp slh org 2 kot. Even pd org lain mende 2 xslhpun, tp sbb kita ni nk busuk hati, mmg kita nmpak berbulu jela dgn perkara 2. So bekla kita ni bli cermin, cermin diri kita dl dh bagus sgt ke xde buat slh sblm nk cr slh org. Sape yg dh de cermin 2, blila juga cermin lg, Tapi kali ni yg besar ckit punya.Hahahaha. Harap2 kita same2 bermuhasabah..

p/s: aku dlpn suka gak cr gaduh dengan cr slh org, tp dh makin tua, makin matang ckit, so better senyap dr berckp..hahaha