Kalaula boleh diulang
masa yang dah lepas-lepas ni, dah lama aku ubah perkara yang tak baik pernah
aku buat, tapi apakan daya..Allah buat sesuatu itu ada sebabnya. Tak percaya
cuba fikir, kalau kita boleh ulang masa, dah tentu kita boleh ulang kesalahan kita
banyak kali tanpa rasa bersalah.. tapi kalau tak boleh ulang, itu tandanya
Allah ingatkan kita supaya jangan dibuat lagi perkara yang sama. Bak kata
orang, menyesal tak ada gunanya nanti
Apapun, yang dah
lepas, biarkan berlalu. Waktu sekarang yang perlu focus sebab yang sekarangla
akan bawak ke masa hadapan. Tak perlu menyesal kalau dah berusaha. Dan jangan
lupa untuk redha…ingat, redha bukan pasrah. Sebab ada orang cakap, redha itu
tandanya berserah pada ALLAH dan pasrah itu ibarat macam dah mengaku kalah
sangat.
Just chill, buatla
apa saja yang mahu asalkan baik. Biar menyesal dan malu sebab dh cuba, jangan
menyesal sebab tak mencuba sebab masa itu takkan berulang..
p/s: kejayaan, kegagalan, hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan semua ketentuan ALLAH.
p/s: kejayaan, kegagalan, hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan semua ketentuan ALLAH.
No comments:
Post a Comment