“Kalau kamu tak
berani cuba, sampai bilapun kamu tak berganjak. Duk takuk sama jela”.
Itulah lebih kurang apa yang mak
aku cakap kat aku dulu masa dia suruh aku beli kereta. Masa tu memang aku tak berani langsung. Besar tanggungjawab
nak bayar bulan-bulan kereta ni, dengan servis lagi, duit minyak, duit tol. Tambahan
pulak masa tu aku baru bulan pertama masuk dan akan terima gaji/elaun. Bukan apa,
takut tak mampu bayar. Tapi aku tahu, mak aku suruh cuba dulu.
“ kalau tak cukup
duit, mak bayar. Cuba dulu”
Apa yang dia cakap tu semua untuk bagi
semangat kat aku kot. Memang selalu dia cakap macam tu. Tapu aku tetap tolak. Natijahnya,
masa aku kat U, dia telefon tanya nak kereta warna apa dan cakap dia nak
tempah. Nak tak nak aku ikutkan juga. (tak elok derhaka..hahaha).
Itu cerita 10 bulan lepas. Tapi sekarang
ni, apa yang aku fikir dulu memang agak jauh dari reality. Alhamdulillah,
tiap-tiap bulan aku mampu bayar duit kereta,
dan servis guna duit aku sendiri. Betollah, yang penting kita berani
cuba dulu, baru kita tahu apa bakal jadi. Kalau tak, memang kita duduk takat
situ jugakla sampai bila-bila dengan macam-macam fikiran negative. Tak salah
kalau ikut cakap orang tuakan.
Tapi sekarang ni, sebab berpegang
pada berani untuk mencubala kadang-kadang masalah jugak. Aku sekarang ni kalau
nak sesuatu perkara tu dah main beli je. Tula berani sangat. Kalau dulu
fikir-fikirla jugak sebelum beli, cukup ke duit sampai hujung bulan ke seme. Hahahaha,
masalah betul. Dan yang paling pelik, aku pernah tanya seorang perempuan,
memang satu-satunya perempuan yang pernah aku tanya samaada aku boleh masuk
meminang dia atau tak. Apa yang kelakar, kami tak bercintapun. Konon-konon nak
bercinta lepas kawinla.hahaha.Tapi gua serius n nekad beb masa tu..hahaha.
jawapan die biar kami je yang tahu…hahahaha.
So sape2 yang nak ikut cara aku,
tak perlu apa-apa, yang penting berani. Tak salah mencuba, biar menonggeng tak Berjaya
lepas cuba, dari menyesal kalau tak cuba. Hahahahaha. So selamat memberanikan
diri untuk mencuba (perkara yang baik-baik sahaja).
ooo patut la dah beli cinicn nye... huhu
ReplyDeletecepat la kawen, boleh angah kawan dgn isteri awak...
boring la