Wednesday, August 24, 2011

peluang..

SeLamaT semua..

Hari ni kita cita pasal peluang sikit. Sebenarnya banyak peluang yang ada depan kita samaada kita tahu or tak tahu..Untuk budak macam aku yang baru abis belajar ni mestila nak peluang kerja yang bagus, pastu dalam bulan puasa ni pulak nak peluang membuat kebaik, peluang rasa malam lailatulqadar, pastu esok lusa dah raya nak peluang dapat duit raya banyak, beraya umah kawan-kawan lama. Dan tuk budak-budak tak cukup umur pulak mestila nak merasa peluang bercinta..hahaha..Tula antara banyak-banyak peluang yang sebenarnya ada depan kita.

Cuma satu yang kita tak sedari, banyak peluang-peluang ni yang kadang-kadang kita buat tak kesah je. Tapi bila dah melepas barula nak rasa menyesal. Contohnya macam tawaran kerja yang kita kononnya tak berminatpun nak apply, last2 bila dah sampai tarikh tutup barula kita rasa menyesal sebab tak cuba dulu. Dan ada juga peluang yang kita dah ambil tapi last-last kita rasa menyesal juga sebab kita ambil peluang yang satu tu, bukan peluang lain. Contohnya...ermmm, macam mane ye nak bagi contoh yang senang paham sikit ye..ok2..dah dapat..contohnya peluang cinta..kita memilih seorang lelaki o pompuan untuk menjadi teman kita konon-kononnya..padahal ada seseorang yang sangat-sangat sukakan kita. Tapi kita tetap memilih orang yang kita suka tadi dan menolak orang yang suka kita. Dan selepas beberapa tahun, hubungan kita putus macam tu je, mybe waktu tu baru kita pikir yang ape yang kita buat tu sia-sia je..hahaha(cinta monyet). Selain dari peluang-peluang tu, kita juga mesti pernah mengambil peluang yang kita rasa puas bila mengambilnya..Contoh terbaik ialah berbuat baik. Kita pasti akan rasa seronok bila lihat hasilnya juga baik..pokoknya hati mesti mau ikhlas..hahaha.

Papepun, yang penting kita sentiasa mengambil peluang yang baik dalam hidup kita. Biarla kita menyesal, bersedih, o meras ape je perasaan kurang senang bila mendapat tahu peluang tu kurang sesuai untuk kita daripada kita menyesal sebab tak pernah langsung cuba mengambil peluang (yang baik-baik aja) yang terhidang depan mata. Dan penting juga untuk terus mencari peluang lain dari terus menyesal dengan peluang yang dah lepas. Betol tak? Macam kata-kata yang diucapkan oleh pencipta telefon pertama ini..

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. – Alexander Graham Bell

SO, FIKIR-FIKIRLA YE..SELAMAT BERPUASA..

No comments:

Post a Comment