Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dh masuk hari ke-12 kita semua berpuasa. Diharapkan semuanya dipermudahkan insyaallah. Baikla, kita pergi terus kepada tajuk entri kita pada kali ni. Semuanya bermula daripada hadiah mak sempena hari jadi aku yang dah lebih 2 minggu. Seekor arnab Lion Head. Thanx to my mum..hahaha. Mak jugak cakap, moga-moga dari seekor ni akan berkembang menjadi ladang haiwan dan terus maju. InsyaAllah.
cantikkan, Lion namanya..
Sebenarnya, masuk yang si Lion ni, dah 6 ekor menjadi belaan aku. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku just kira yang hidup je stakat ini. Memang menjadi kesukaan aku untuk membela segala jenis bagai haiwan. Dari kecik lagi memang macam tue.
Mari kita mengimbas apa yang pernah aku bela dari aku kecik sampaila ke besar macam ni. Emm, masa kecik-kecik dulu aku penah bela ayam seramai, banyak ekor juga rasanya, pastu bela kala jengking yang siap dengan anak-anak die yang cantik warna putih. Tapi tak lamapun sebab tak tahu nak bagi makan apa. Tak lupa juga masa tu aku bela ikan kecik yang perut buncit-buncit tue. Tak mahal mana pun, 50 sen je kot seekor. Tapi cepat mati. Hahaha. Tu semua masa aku sekolah rendah. Naik sekolah menengah tak ada binatang pun yang aku bela.
Tapi kegilaan dengan binatang datang balik lepas aku masuk universiti, aku mula beli sepasang hamster dan bela dalam bilik kolej masa aku tahun pertama lagi. Nak-nak pulak duduk bilik seorang, jadi tak adala yang nak komplen. Kali pertama aku bela mati, last-last aku belajar sikit-sikit macam mana nak biakkannya dan akhirnya berjaya. Dalam setahun aku bela, aku berjaya biakkan sampai lebih kurang 40 ekor. Ada yang hidup, ada jugak yang mati. Lepas setahun, aku jual semuanya dengan harga RM12 seekor. Kayala jap masa tu. Kemudian aku beralih kepada arnab, ikan koi dan kura-kura. Sampai la ni, hanya kura-kura dan arnab je yang tinggal. Arnabpun makin menbiak dan dah pernah terjualpun. Tak lupa juga bagi sedara-mara yang berminat nak cuba bela. Akupun rasa tak la loket sangat nak perabih duit nak bangunkan lagi fasiliti untuk arnab ni dan kalau ada rezeki aku nak buat secara komersial sebagai latihan sebelum aku nak buka ladang kuda, lembu dan kambing impian aku. InsyaAllah.
Banyak juga yang aku tulis kali ni, sebelum aku berhenti, aku just nak bagi tao anda yang kalaula diberi peluang untuk memilih satu lagi binatang untuk dipelihara, aku nak sangat bela singa sampai die jinak. Hahahaha, nampak mengarut tapi tak mustahil sebab orang-orang dekat Eropah dah banyak yang berjaya. Tapi kalau kat Malaysia ni agak sukarla sebab mana nak dapt singa tu, jadi aku bela 'Lion' aku yang ni cukupla.
Hahahaha, Akhir kata, selamat beribadah.
No comments:
Post a Comment