Assalamualaikum,
Hai semua, sementara nak menunggu waktu berbuka puasa yang lambat lagi akan tiba, saya nak kongsikan sedikit bidalan yang saya dapati daripada salah sebuah buku yang saya baca. Bidalannya mudah sahaja, 'jadilah ikan dilaut, tetapi janganla jadi ikan di darat'.
Agak-agak andala, apa maksud bidalan tersebut ye?..ce teka...ce teka...hahaha. Baikla, ikan dalam bidalan ini di samakan dengan hati kita..emm,tapi apa kena mengena hati dengan ikan ye? Kalau anda nak tahu, ikan dilaut sana, walaupun tinggal dalam persekitaran yang masin, tapi depa tetap dapat kekalkan "keneutrallan" depa. Maksudnya, daging depa tak pernahpun jadi masin. Tetapi, ikan di darat ni, klu kita duk lumur garam, akhirnya akan jadi ikan masin juga. Haa, itu baru maksud secara tersuratnya, macam mana pula maksud secara tersiratnya. Penulis buku ini nak kita kawal hati-hati kita supaya jadi ikan di laut, dan tak menjadi ikan di darat. walaupun apa yang kita tempuhi, hati kita harusla tetap pendiriannya, dan tak akan berubah dengan godaan-godaan, cabaran-cabaran di sekeliling. HAAA, macam mane, logik tak bidalan tadi, Jadi marilah kita fikir-fikirkan ya..
Selamat beramal dan selamat berbuka..
No comments:
Post a Comment