Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari ini saya ingin bercerita tentang apa yang telah saya usahakan untuk memcari pekerjaan yang cocok dengan kemampuan saya. Ini juga bagi memenuhi satu lagi impian besar saya iaitu mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan yang sempurna. Hahaha.... bukanla berniat untuk memilih kerja, tetapi pada fikiran saya, saya mahu pekerjaan yang sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan saya, jadi pekerja biasapun tiada apa. Cuba bayangkan yang saya dari bidang pertanian dan diberi kerja dalam bidang kejuruteraan ataupun ICT, kan memberi masalah kepada saya dan lebih-lebih lagi pada company..haahaha..
Baikla, ini adalah pengalaman saya mencari kerja selepas menamatkan pelajaran di UPM lalu. Semasa menjalani latihan industry, saya telah dihubungi oleh seorang dokter veterinary dari PPNJ untuk menghadiri satu temuduga jawatan EKSEKUTIF KOMODITI TERNAKAN di Johor. Memang hati antara gembira mendapat tawaran dan gundah-gulana kerana memikirkan Johor sangat jauh. Hahaha. Tetapi saya pergi juga untuk mendapatkan pengalaman. Memenag berbeza sekali temuduga kali ini, dengan ujian bertulis dan juga lisan. Soalan-soalan juga mencabar termasukla soalan genetic yang tidak saya pelajari.. huh.. dan keputusannya tidakla menjadi duka pada saya apabila kawan yang lebih memiliki kelebihan mendapat tawaran tersebut. Ini kerana saya merasakan bahawa saya belum cukup bersedia untuk bekerja dan juga mungkin saya hanya diberi peluang untuk menambah pengalaman menghadiri temuduga. Jadi saya balik ke rumah dan terus mengulangkaji nota-nota dan buku-buku penternakan saya supaya nanti, bila soalan temuduganya berkaitan penternakan, saya mampu menjawabnya..hahaha. Insyaalah.
Bermula selepas itu, saya menyempurnakan resume dan menhantarnya ke semua lading yang memerlukan pekerja dalam bidang yang saya ceburi. Saya juga telah menghantar boring untuk menjadi tutor kepada beberapa university tempatan. Tetapi buat masa ini, belum ada jawapan yang saya terima. Walaubagaimanapun, saya tidakla pernah merasa hampa kerana pada hemat saya, REZEKI ITU SUDAH DITETAPKAN OLEH MAHA SUCI ALLAH, CUMA MASA SAHAJA MENETUKAN SAMAADA KITA CEPAT ATAU LAMBAT MENERIMANYA. Dan satu lagi yang membuatkan saya rasa REZEKI ITU DI TANGAN TUHAN kerana saya tidak pernah meras sedetikpun cemburu apabila cosmate-cosmate mendapat pekerjaan.
Jadi, kepada semua yang diluar sana yang telah memohon kerja tetapi masih tidak berhasil, jangan merasa hampa, kecewa dan putus asa. Teruskan usaha, lengkapkan diri anda seperti memasuki kursus-kursus yang berkaitan dan tawakalla banyak-banyak. Semoga semuanya dipermudahkan..ADIOS.
No comments:
Post a Comment