Assalamualaikum dan selamat pagi...
Wah, sudah tiga hari berturut saya menulis dalam blog ini. Ini bermakna saya mempunyai masa senang dan idea untuk tiga hari ini. Hahaha, biasala untuk seseorang yang mengangur, semestinya mempunyai masa senggang yang panjang. Baikla, saya ingin bercerita tentang satu dokumnetari yang sedang saya tonton dalam MODERN MARVEL: THE EGG.
Ape yang diperkatakan tidak lari daripada apa yang saya pelajari. Dokumentari ini berkaitan pengeluaran dan penggunaan telur di Amerika sana. Di sana , ayam penelur dibela secara intensif (closed house) dan organic. Harga bagi telur organic lebih tinggi daripada telur ayam intensif sebanyak 4 kali ganda. Untung woo kalau bela ayam organic ni, tetapi di Malaysia perkara ini susah untuk dicapai ( kerana penternak kurang mematuhi ‘peraturan organik’ itu sendiri). Telur pulak mempunyai dua warna disana, coklat dari ayam merah, dan putih dari ayam putih.
pic from slaughtermachinery.com
pic from avant_gurdians.com
Apa yang mengagumkan adalah, persekitaran rumah ayam dan juga keadaan ayam mereka begitu bersih dan cantik, jauh berpeza dengan beberapa lading penelur yang saya lihat disini. Mungkin kerana di sana mereka mempunyai undang-undang yang ketat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha ternakan dan tiada di sini. Jadi pastila memreka perlu mematuhi untuk memastikan perusahaan mereka berjalan. Selain itu, di luar Negara, mereka cuba memperbagaikan hasil atau produk telur. Dari semua jumlah pengeluaran telur dalam sehari, 1/3 daripadanya dijual sebagai telur tanpa kulit. Maksudnya disini mereka menjual telur kuning, telur putih secara berasingan dan juga telur dalam bentuk serbuk. Jadi, tidakla berlaku pembaziran apabila telur yang tidak sempurna gred dan retak masih lagi boleh mendatangkan keuntungan. Telur kuning biasanya dijual kepada pengusaha makanan bakar dan mayonis, telur putih dijual kepada pengguna yang tidak mahukan sarapan dari telur kuning yang dikatan mengandungi kolestrol yang tinggi serta sebagai minuman kepada ahli bina badan dan telur serbuk dijual kepada kilang membuat aiskrim.
Bagi telur dengan kulit pula, pengeluar menjual kepada pengguna untu digoreng, direbus dan juga dijeruk. Dijeruk???.. serupa juga dengan cara kita membuat telur masin, tetapi mereka menggunakan ramuan yang lain dan mempunyai warna yang menarik seperti ungu, hijau dan hitam. Tidakla diketahui samaada kita masih lalu memakannya disini...hahaha.
both pic from simplyrecepies.com
Dah panjang sangat ni, apapun memang menarik apabila menonton rencangan-rancangan begini, jadi kalau anda ingintahu lebih lanjut, rajin-rajinla buka channel 555 di Astro ye...bye.
No comments:
Post a Comment