Wednesday, June 15, 2011

dah tamat degree...yay..

Assalamualaikum...
Dah 4 bulan saya tak masukkan apa-apa entry baru, jadi rasa kekok pulak nak menulis lagi. Walaubagaimanapun, sebelum saya tulis lebih lanjut, saya mahu memanjatkan banyak-banyak rasa syukur kepada Maha Suci Allah yang telah memberi rezeki yang tidak terhingga sehingga saya mampu menamatkan pengajian peringkat Ijazah Muda saya. Kepada MAK, AYAH, dan adik beradik, terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan anda yang tidak terhingga sejak lahir hinggala mencapai tahap sebegini. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah matrikulasi dan juga university yang mencurahkan segala ilmu kepada saya. Dan untuk kumpulan terakhir sebelum saya tutup entry ini adalah kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat yang begitu banyak member dorngan,bimbingan dan juga sudi berkongsi masalah dan kewangan..hahahah.
Jadi, dengan ini, secara rasminya tamatla sudah sesi pembelajaran secara formal saya setakat ini. Alhamdulillah. Tapi orang dulu-dulu cakap, pembelajaran itu tidak berhenti sehinggala tamat nyawa kita. Lepas ni misi mencari kerja dan mana tahu kalau ada rezeki, saya akan sambung Master pulak. Insyaallah.
Bye2.

No comments:

Post a Comment