Sunday, April 29, 2012

PERKARA YANG DAH BERLAKU.


Beb, maafla dah seminggu tak ‘update’ blog. Bukan malas, tapi banyak sangat perkara yang dah berlaku. Jadi, tak mahu cerita pendahuluan panjang-panjang, ‘follow’ sajalah apa yang dah berlaku pada aku minggu lepas..
·        
  • Sabtu lepas aku dah tamatkan kemarau gol dalam ‘game’ (ayat macam’star’ je, padahal takde apapun). Dan sabtu ni tambah lagi dua. Hahaha
  •   Selasa lepas wan aku (panggilan untuk nenek bagi orang Pahang) meninggal dunia. Innalillah. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan yang baik-baik
  •   Jadi automatiknya aku cutila dari selasa lepas. Termasukla kena ‘skip’ periksa presentation. Hahaha.
  • Jumaat baru ni, duit untuk bulan lepas yang aku tunggu-tunggu dah masuk. Alhamdulillah. Bolehla bayar apa yang patut. Harap-harap takla boros.
  • Minggu lepasnya dengan rasmi aku dah mendapat ‘kereta pertama’. Kalau ikutkan aku, tak mahu pakai kereta dulu, tapi atas nasihat mak, terpaksala dengar. Ingat, syurga di bawah kaki ibu. Ahaks. Harap-harap aku mampula bayar bulan-bulan.
  • Agak sibuk minggu lepas sampai tak sempat nak update untuk ILMU LIVESTOCK punya entry. Jadi, harap bersabar.
Itula semua yang jadi dalam satu minggu ni. Harap2 follower yang selalu jenguk tak kecik hati.

p/s: feedjit dah tak betul. Salah install ke hape..

No comments:

Post a Comment