Hari ini aku punya cabaran yang agak getir (waduh, udah gaya
bahasa Indonesia). Sebabnya, balik dari solat Jumaat tadi, lepas makan semua
baru aku sedar beg duit aku hilang. Maknanya, antara masa lepas aku pg kedai
minum lepas Jumaat tadi sampaila aku ke bilikla beg duit aku tu hilang atau
tercicir. Sampai2 bilik baru aku sedar beg duit aku takde dah. Dengan sabarnye
aku ulang balik tempat yang aku dh lalu tadi. Bukan sekali, tp dekat 6 kali. Still
jugak tak jumpa. Puas dah aku fikir2 balik, mane pulakla beg duit aku. CUAI
GILA AKU SAMPAI BENDE PENTING MACAM TU BOLEH HILANG.
Tp aku tak tahu kenapa aku kurang sangat cemas kali ni. Mmg aku
tak tipu ade rase geram dengan diri sendiri sebab cuai, cuak, cemas n segala
bagaila. Cuma kali ni, perasaan tu takla teruk sgt mcm kejadian-kejadian aku
hilang barang sebelum ni. Awal2 tadi je, tapi slow dh sbb aku dh borak2 dengan
parent aku, lega ckit rase. Lagi satu, mybe sbb aku dh pasrah sgt pd ALLAH. Byk
kali aku doa td supaye dipermudahkan aku jumpa. Mungkin belum rezeki aku lagi.
Aku sekuat hati tak mao fikir yg bukan2. Takut gak aku kalau
aku salahkan org lain, kg tak pasal2 brg hilang, dosa plak dapat. Kalau boleh,
aku tak maola fikir org amik ke, curi ke (walaupun kdg2 td terpikir jugak). Biarla
aku piker yg ni salah aku. Sendiri cuai.
So nak dijadikan cerita, sampai la ni la aku tak jumpa lagi.
Reportpun aku tak buat lagi, sebab aku takut kalau2 terjumpa o ade orang yang
baik hati pulangkan malam ni. Kalau takde juga, esok pagi mmg kne buat report
la. PADA SAPA2 YG JUMPA TU, MOHONLA JASA BAIK PULANGKAN YE..KALAU DUIT DALAM TU
NAK AMIK, AMIKLA, AKU HALALKAN, DAPAT DOKUMEN2 PENTING DALAM 2 JADILA.
Kejap lagi aku mao cari lagi, harap2 jumpala. Sebabnya aku
rase aku dh mcm nk stress je ni..hhahaha (gelak lagi baik dari mengeluh) okla,
sampai cni dlula. Nak tggu Isyak. Doa2la aku jmp dompet aku ye.
p/s: apa disebalik ujian
ALLAH ini :penghapus dosa, atau peluang menambah pahala atas sifat sabar, atau
DIA mahu aku makin dekat dengan DIA. YA ALLAH, berikanla aku petunjuk,
ampunkanla dosaku…
: kalau dpt
borak kejap dengan Adottbusuk ni, bleh gak release tension ckit (angan2 je
lebih)
No comments:
Post a Comment