Macam biasa, mintak maaf sebab lama sudah tidak ‘mengepost’
apa-apa. Sejak dua menjak ni, aku terpaksa menempuh bulan-bulan yang sukar. Bak
kata orang Inggeris “ toughest month”. Hahaha.
Untuk pengetahuan
semua, sekarang aku sudah mula kena tolong jalankan projek untuk ‘master’,
sambil-sambil itu, aku kenala belajar sekali dan mana tahu boleh ‘run’ sekali
projek aku. Jadi memang tak ada mas nak buat entry baru. Tambah pula projeknya
dekat Kluang, Johor sana. Jadi kena ulang-alikla ke sana selalu. Penat weh,
penatmental, fizikal semua. Hahaha. Tapi tak apela, boleh tambah ilmu dan
memang ‘aim’ aku nak habiskan pengajian dalam setahun setengah saja kalau
mampu. InsyaALLAH.
Selain kena ulang-alik Johor, aku kena siapkan abstrak untuk
seminar kat Langkawi bulan 6 nanti. Alhamdulillah, baru je siap. Tunggu sv
betulkan lagi. Harap-harap semuanya okayla sebab semua yang lain dah aku buat
termasukla tempah hotel. Pengalaman pertama pergi seminar luar. Hahahaha. Harap-harap
kertas ni dapat diterbitkan dalam apa-apa jurnalla. InsyaALLAH.
Tak habis takat situ sahaja, lepas ni kena siapkan proposal
pulak. Sebabnya, proposal yang sebelum ni kena buat banyak perubahan pasal
projek yang aku nak buat nipun dah berubah. Apapun, harapnya ALLAH
permudahkanlah urusan hambaNYA ini. AMIN..
Jadi, disebabkan aku dah terangkan panjang lebar tentang apa
yang aku buat masa bulan-bulan sukar ni, maka harapnya, yang selalu singgah ke
blog ni dapatla memahami mengapa saya jarang ‘mengupdate’. Kalau tak ada
halangan, bila sudah siap semua kerja, kita akan berkongsi lagi. Hahahaha
p/s:Semoga semuanya dipermudahkan..
No comments:
Post a Comment