Thursday, June 16, 2011

SANG PENCARI KERJA....

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari ini saya ingin bercerita tentang apa yang telah saya usahakan untuk memcari pekerjaan yang cocok dengan kemampuan saya. Ini juga bagi memenuhi satu lagi impian besar saya iaitu mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan yang sempurna. Hahaha.... bukanla berniat untuk memilih kerja, tetapi pada fikiran saya, saya mahu pekerjaan yang sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan saya, jadi pekerja biasapun tiada apa. Cuba bayangkan yang saya dari bidang pertanian dan diberi kerja dalam bidang kejuruteraan ataupun ICT, kan memberi masalah kepada saya dan lebih-lebih lagi pada company..haahaha..

Baikla, ini adalah pengalaman saya mencari kerja selepas menamatkan pelajaran di UPM lalu. Semasa menjalani latihan industry, saya telah dihubungi oleh seorang dokter veterinary dari PPNJ untuk menghadiri satu temuduga jawatan EKSEKUTIF KOMODITI TERNAKAN di Johor. Memang hati antara gembira mendapat tawaran dan gundah-gulana kerana memikirkan Johor sangat jauh. Hahaha. Tetapi saya pergi juga untuk mendapatkan pengalaman. Memenag berbeza sekali temuduga kali ini, dengan ujian bertulis dan juga lisan. Soalan-soalan juga mencabar termasukla soalan genetic yang tidak saya pelajari.. huh.. dan keputusannya tidakla menjadi duka pada saya apabila kawan yang lebih memiliki kelebihan mendapat tawaran tersebut. Ini kerana saya merasakan bahawa saya belum cukup bersedia untuk bekerja dan juga mungkin saya hanya diberi peluang untuk menambah pengalaman menghadiri temuduga. Jadi saya balik ke rumah dan terus mengulangkaji nota-nota dan buku-buku penternakan saya supaya nanti, bila soalan temuduganya berkaitan penternakan, saya mampu menjawabnya..hahaha. Insyaalah.

Bermula selepas itu, saya menyempurnakan resume dan menhantarnya ke semua lading yang memerlukan pekerja dalam bidang yang saya ceburi. Saya juga telah menghantar boring untuk menjadi tutor kepada beberapa university tempatan. Tetapi buat masa ini, belum ada jawapan yang saya terima. Walaubagaimanapun, saya tidakla pernah merasa hampa kerana pada hemat saya, REZEKI ITU SUDAH DITETAPKAN OLEH MAHA SUCI ALLAH, CUMA MASA SAHAJA MENETUKAN SAMAADA KITA CEPAT ATAU LAMBAT MENERIMANYA. Dan satu lagi yang membuatkan saya rasa REZEKI ITU DI TANGAN TUHAN kerana saya tidak pernah meras sedetikpun cemburu apabila cosmate-cosmate mendapat pekerjaan.
Jadi, kepada semua yang diluar sana yang telah memohon kerja tetapi masih tidak berhasil, jangan merasa hampa, kecewa dan putus asa. Teruskan usaha, lengkapkan diri anda seperti memasuki kursus-kursus yang berkaitan dan tawakalla banyak-banyak. Semoga semuanya dipermudahkan..ADIOS.

Wednesday, June 15, 2011

dah tamat degree...yay..

Assalamualaikum...
Dah 4 bulan saya tak masukkan apa-apa entry baru, jadi rasa kekok pulak nak menulis lagi. Walaubagaimanapun, sebelum saya tulis lebih lanjut, saya mahu memanjatkan banyak-banyak rasa syukur kepada Maha Suci Allah yang telah memberi rezeki yang tidak terhingga sehingga saya mampu menamatkan pengajian peringkat Ijazah Muda saya. Kepada MAK, AYAH, dan adik beradik, terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan anda yang tidak terhingga sejak lahir hinggala mencapai tahap sebegini. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah matrikulasi dan juga university yang mencurahkan segala ilmu kepada saya. Dan untuk kumpulan terakhir sebelum saya tutup entry ini adalah kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat yang begitu banyak member dorngan,bimbingan dan juga sudi berkongsi masalah dan kewangan..hahahah.
Jadi, dengan ini, secara rasminya tamatla sudah sesi pembelajaran secara formal saya setakat ini. Alhamdulillah. Tapi orang dulu-dulu cakap, pembelajaran itu tidak berhenti sehinggala tamat nyawa kita. Lepas ni misi mencari kerja dan mana tahu kalau ada rezeki, saya akan sambung Master pulak. Insyaallah.
Bye2.

Monday, January 10, 2011

gombak agro farm...

hai semua...
sekarang aku tengah praktikal untuk melengkapkan semester terakhir ak sebelum boleh menggenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERTANIAN (SAINS TERNAKAN)...so biar aku ceritakana serba sedikit tempat praktikal aku...

aku buat praktikal dekat GOMBAK AGRO FARM. Ladang ni bukan macam ladang-;adang yang lain yang lebih berkonsepkan pembiakan... ladang tempat aku LI (Latihan industri) ni lebih kepada trading lembu, kambing, n biri-biri...so kerja tidakla banyak mane...

nak tahu kerja aku?...ahad dan isnin kitorang yang budak2 praktikal ni cuti.so kerja bermula hari selase pagi. pagi2 lagi kene basuh kandang lembu dengan lembu-lembunya sekali.. guna paip yang besor,seronok... pastu bawak lori amik hampas soya dari kilang buat tauhu..dekat jepun..1 bag harga die rm2..pastu bagila makan lembu2 ni..dah siap rehat2 dulu untuk sarapan..dalam kul 10 kalau hari tak hujan bawak kambing2 keluar meragut pulak. jadi pengembalala pulak.tapi seronok.. dalam pukul 12 bawak kambing balik..makan tengah hari lepas tue tunggula pelanggan yang nak datang beli binatang2 ni semua..tak kira, nak beli hidup atau yang dah siap sembelih,semua bisa diatur...hahahaha petang pulak ulang balik basuh kandang n bagi lembu dan kambing makan pelet..lepas tue rehat2la tunggu esok plak..

macam tuela kerja2 aku seminggu..tapi seronok, pengalaman barupun dapat, makan freepn dapat...jadi nak merungut ape lagi...maybe sebab bidang ni aku minat, so takdela aku rase susah sangat..jadi melalui cerita ni, korang konklutla sendiri same ade aku buat LI ni macam bersukaria, kerja atau latihan semata-mata..hahahaha

Friday, January 7, 2011

alhamdulillah (2010), insyaallah (2011)

assalamualaikum semua...

mintak maaf sebab dah lame sangat tak buat entry baru...semuanye atas kesibukan yang tak dapat dielakkan...berkaitan dengan tajuk entry kali ni, aku nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNYA sebab dengan rahmatNYA dapat aku harungi tahun 2010 yang penuh dengan suka duka, cabaran, pengalaman, ilmu pengetahuan, kesusahan dan kesenangan, kegagalan dan kejayan...semuanya memerlukan kesabaran, usaha yang gigih, kemampuan, kewangan, kegigihan dan semangat yang kuat...

atas sebab itu aku panjatkan kesyukuran kepadaNYA. tak lupa jugak pade kedua ibu-bapa, keluarga,orang yang tersayang (Adottbusuk), guru-guru, sahabat-sahabat dan semua manusia yang banyak membantu dari semua segi..

tahun 2010 memang memberi seribu kenangan pada aku. antaranya:
>aku dah selesaikan semua 7 sem aku kat UPM.
>Aku dah selesaikan projek akhir tAHUN aku dengan jayanye..(tapi resultnye hampeh jugak,hahaha)
>aku dpt result yang bagus sem ni
>n yang best, aku dapat pegi new zealand wooo..

n untuk 2011 pulak, aku harap aku caqpai yang lebih baik dari tahun lepas...insyaalalah

Tuesday, September 7, 2010

aku...


Assalamualaikum n salam sejahtera...
Saya tak dapat tido n tibe-tibe terasa nak menulis. Boleh jugak isi masa lapang ni.
Rasenye saya tak perkenalkan serba sedikit tentang diri saya lagi. Saya ni pelajar UPM dalam bidang pertanian (Bachelor Pertanian Sains Ternakan).. Memang awal-awal lagi saya dah minat bab-bab binatang. Mula-mula dulu mase isi boring UPU, jurusan veterinary jadi pilihan pertama n bidang ni yang kedua. Tapi apekan daye, pointer matrik dulu tak melayakkan saya untuk dapat pangkat DOKTOR VETERINAR tue. Mase mula-mula dapat tahu sambung dalam bidang ape, ade jugak kawan-kawan sekolah n matrik yang ingat saye kene lelong or tersalah buat pilihan. Yela, pointer saye waktu matrik dulupun ‘not bad’, last-last dapat bidang yang die orang piker kotor n berat. Tapi yang sebenarnye, bidang nipun menarik n dalam empat tahun jadi pelajar bidang ni, saya rase bidang ni lagi sesuai untuk saya n laaaaagi best dari veterinary (ni pada pendapat saya, tiada niat untuk menyentuh mane-mane perasaan)...
Apepun, macam yang saya dah nyatakan kat atas sana, dah empat tahun saya belajar kat sini. Ini bermakne saya dah jadi “final year student”. Tak sangka sekejap je mase berlalu, tau-tau je tahun ni dah last year. So as “FINAL YEAR STUDENT”, banyakla kerja (final year project) yang perlu disiapkan untuk melayakkan saya dianugerahkan ijazah. Harap-harap semuanye dipermudahkan untuk saya. Bukan sahaja dalam project, tapi dalam keputusan periksa, CGPA, n dalam latihan industry sekali.
Sebut pasal taun akhir ni jugak, saya bersyukur sangat sebab taun ni Allah murahkan and kabulkan kebanyakan impian saya. Antaranye untuk dapat DEKAN dalam result peperiksaan. Sebenarnye dari sem 1 lagi dah teringin nak dapat macam tu lepas tengok orang len senang-senang boleh dapat. Tapi bak kate orang, kalau dah rezeki tu kite yang pinye, insyaalah kite akan dapat jugak. Tue la yang dapat saya ceritakan serba sedikit tentang saya sendiri.
Akhir sekali, ape yang dapat saya katekan kat sini ialah, nilah diri saya. Hahaha.
Bye..