Sunday, August 28, 2011

KONVO NANTI...

Assalamualaikum...

Ni aku nak listkan beberapa petikan berkaitan konvo aku nanti..Hahahaha

Dulu..
Mak n Ayah : Konvo nanti berapa haribulan?
aku : ntah, tak tao lagi..
Mak n Ayah : komfemkan cepat, senang nak apply cuti.
Sekarang..
Mak n Ayah : Konvo nanti berapa haribulan?
aku : Mybe 15 sampai 19 10 nanti.
Mak n Ayah : harap-harap hari cuti sabtu, mak dah takda cuti, ayah pulak kene pegi Sabah nanti.

Dulu..
Mak n Ayah : Gambar konvo nanti nak letak kat mane?
aku : mane-manela.
Mak n Ayah : letak kat dinding paling bawah,bawah gambar ayong angah..
Sekarang..
Mak n Ayah :  Gambar konvo nanti nak letak kat mane?
aku : Ikutla.
Mak n Ayah : letak belah tepi, tempat gambar konvo ayong..gambar tue bawak turun.

Dulu..
Mak n Ayah : Konvo nanti mak nak jumpa family 'die'?
aku : sila-sila, (hahaha)
Sekarang..
Mak n Ayah :Konvo nanti mak nak jumpe family 'die'?
aku : ......... (family sapela mak nak jumpe)

apa2pun, tak lama lagi aku konvo..harap2 dengan ape aku capai ni boleh menggembirakan parent aku, menjadi contoh pd adik-adik aku n menjamin masa depan aku nanti..InsyaALLAH.

Wednesday, August 24, 2011

peluang..

SeLamaT semua..

Hari ni kita cita pasal peluang sikit. Sebenarnya banyak peluang yang ada depan kita samaada kita tahu or tak tahu..Untuk budak macam aku yang baru abis belajar ni mestila nak peluang kerja yang bagus, pastu dalam bulan puasa ni pulak nak peluang membuat kebaik, peluang rasa malam lailatulqadar, pastu esok lusa dah raya nak peluang dapat duit raya banyak, beraya umah kawan-kawan lama. Dan tuk budak-budak tak cukup umur pulak mestila nak merasa peluang bercinta..hahaha..Tula antara banyak-banyak peluang yang sebenarnya ada depan kita.

Cuma satu yang kita tak sedari, banyak peluang-peluang ni yang kadang-kadang kita buat tak kesah je. Tapi bila dah melepas barula nak rasa menyesal. Contohnya macam tawaran kerja yang kita kononnya tak berminatpun nak apply, last2 bila dah sampai tarikh tutup barula kita rasa menyesal sebab tak cuba dulu. Dan ada juga peluang yang kita dah ambil tapi last-last kita rasa menyesal juga sebab kita ambil peluang yang satu tu, bukan peluang lain. Contohnya...ermmm, macam mane ye nak bagi contoh yang senang paham sikit ye..ok2..dah dapat..contohnya peluang cinta..kita memilih seorang lelaki o pompuan untuk menjadi teman kita konon-kononnya..padahal ada seseorang yang sangat-sangat sukakan kita. Tapi kita tetap memilih orang yang kita suka tadi dan menolak orang yang suka kita. Dan selepas beberapa tahun, hubungan kita putus macam tu je, mybe waktu tu baru kita pikir yang ape yang kita buat tu sia-sia je..hahaha(cinta monyet). Selain dari peluang-peluang tu, kita juga mesti pernah mengambil peluang yang kita rasa puas bila mengambilnya..Contoh terbaik ialah berbuat baik. Kita pasti akan rasa seronok bila lihat hasilnya juga baik..pokoknya hati mesti mau ikhlas..hahaha.

Papepun, yang penting kita sentiasa mengambil peluang yang baik dalam hidup kita. Biarla kita menyesal, bersedih, o meras ape je perasaan kurang senang bila mendapat tahu peluang tu kurang sesuai untuk kita daripada kita menyesal sebab tak pernah langsung cuba mengambil peluang (yang baik-baik aja) yang terhidang depan mata. Dan penting juga untuk terus mencari peluang lain dari terus menyesal dengan peluang yang dah lepas. Betol tak? Macam kata-kata yang diucapkan oleh pencipta telefon pertama ini..

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. – Alexander Graham Bell

SO, FIKIR-FIKIRLA YE..SELAMAT BERPUASA..

Monday, August 15, 2011

IKHLAS..uh, susahnya..

Asslamualaikum..

Jumpa lagi kita hari ni. Ape khabar anda semua? Puasa anda? Hahaha. Baikla, kalau semalam kita cakap untuk jadi baik, harapnya hari ni kita lebih baik dari hari-hari yang sebelumnyalakan.. Lepas jadi semakin baik, apa lagi yang kita nak ubah supaya kita ni bertambah-tambah baik???

Apa kata kita cuba belajar untuk jadi ikhlas plak. Ramai orang cakap yang nak jadi ikhlas ni memang susah. Btol ke?..Apa pendapat anda?.. Bagi aku, memang susah bebenor. Contohnya, kalau kita nak buat buat keputusan untuk sesuatu yang sukar..mesti kita akan tertanya-tanya lepas tu btol ke ape yang kita buat tukan..adakah kita ikhlas untuk ambik kepurusan tue.. Sebenarnya banyak lagi contoh yang selalu terjadi dalam hidup kita, tapi aku tak pandai nak explain.. Apa-apapun, mohla kita blajar untuk jadi seorang yang ikhlas..

Selamat berbuka..

Sunday, August 14, 2011

SEMUANYA BAIK, INSYAALLAH..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah masuk separuh bulan kita berpuasa di Ramadan kali ini. Dan sekarang kita sedang memasuki 10 hari dalam pertengahan Ramadan yang penuh berkat ini. Harapnya kita semua menjadi lebih baik dari keadaan yang ada sekarang. 

Untuk peringatan aku dan mungkin anda juga, marila kita jadi lebih baik, puasa kita  lebih baik, ibadah kita lebih baik, solat kita lebih baik, tarawih kita juga lebih baik. Dan tak lupa juga dengan hati, fikiran, pandangan, pendengaran, percakapan, serta perbuatan kita semuanya jadi makin baik. InsyaALLAH. Kontek 'baik' di sini boleh jadi pelbagai maksud, dan harapnya semuanya menjurus kepada 'baik' di sisi ALLAH dan Islam..

Selamat bersahur dan berpuasa..

Friday, August 12, 2011

kesukaan kepada perniagaan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dh masuk hari ke-12 kita semua berpuasa. Diharapkan semuanya dipermudahkan insyaallah. Baikla, kita pergi terus kepada tajuk entri kita pada kali ni. Semuanya bermula daripada hadiah mak sempena hari jadi aku yang dah lebih 2 minggu. Seekor arnab Lion Head. Thanx to my mum..hahaha. Mak jugak cakap, moga-moga dari seekor ni akan berkembang menjadi ladang haiwan dan terus maju. InsyaAllah.

                                                          cantikkan, Lion namanya..

Sebenarnya, masuk yang si Lion ni, dah 6 ekor menjadi belaan aku. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku just kira yang hidup je stakat ini. Memang menjadi kesukaan aku untuk membela segala jenis bagai haiwan. Dari kecik lagi memang macam tue.

Mari kita mengimbas apa yang pernah aku bela dari aku kecik sampaila ke besar macam ni. Emm, masa kecik-kecik dulu aku penah bela ayam seramai, banyak ekor juga rasanya, pastu bela kala jengking yang siap dengan anak-anak die yang cantik warna putih. Tapi tak lamapun sebab tak tahu nak bagi makan apa. Tak lupa juga masa tu aku bela ikan kecik yang perut buncit-buncit tue. Tak mahal mana pun, 50 sen je kot seekor. Tapi cepat mati. Hahaha. Tu semua masa aku sekolah rendah. Naik sekolah menengah tak ada binatang pun yang aku bela.

Tapi kegilaan dengan binatang datang balik lepas aku masuk universiti, aku mula beli sepasang hamster dan bela dalam bilik kolej masa aku tahun pertama lagi. Nak-nak pulak duduk bilik seorang, jadi tak adala yang nak komplen. Kali pertama aku bela mati, last-last aku belajar sikit-sikit macam mana nak biakkannya dan akhirnya berjaya. Dalam setahun aku bela, aku berjaya biakkan sampai lebih kurang 40 ekor. Ada yang hidup, ada jugak yang mati. Lepas setahun, aku jual semuanya dengan harga RM12 seekor. Kayala jap masa tu. Kemudian aku beralih kepada arnab, ikan koi dan kura-kura. Sampai la ni, hanya kura-kura dan arnab je yang tinggal. Arnabpun makin menbiak dan dah pernah terjualpun. Tak lupa juga bagi sedara-mara yang berminat nak cuba bela. Akupun rasa tak la loket sangat nak perabih duit nak bangunkan lagi fasiliti untuk arnab ni dan kalau ada rezeki aku nak buat secara komersial sebagai latihan sebelum aku nak buka ladang kuda, lembu dan kambing impian aku. InsyaAllah.

Banyak juga yang aku tulis kali ni, sebelum aku berhenti, aku  just nak bagi tao anda yang kalaula diberi peluang untuk memilih satu lagi binatang untuk dipelihara, aku nak sangat bela singa sampai die jinak. Hahahaha, nampak mengarut tapi tak mustahil sebab orang-orang dekat Eropah dah banyak yang berjaya. Tapi kalau kat Malaysia ni agak sukarla sebab mana nak dapt singa tu, jadi aku bela 'Lion' aku yang ni cukupla.

Hahahaha,  Akhir kata, selamat beribadah.

Tuesday, August 9, 2011

JADILA IKAN DI LAUT, JANGAN IKAN DI DARAT..

Assalamualaikum,

Hai semua, sementara nak menunggu waktu berbuka puasa yang lambat lagi akan tiba, saya nak kongsikan sedikit bidalan yang saya dapati daripada salah sebuah buku yang saya baca. Bidalannya mudah sahaja, 'jadilah ikan dilaut, tetapi janganla jadi ikan di darat'.

Agak-agak andala, apa maksud bidalan tersebut ye?..ce teka...ce teka...hahaha. Baikla, ikan dalam bidalan ini di samakan dengan hati kita..emm,tapi apa kena mengena hati dengan ikan ye? Kalau anda nak tahu, ikan dilaut sana, walaupun tinggal dalam persekitaran yang masin, tapi depa tetap dapat kekalkan "keneutrallan" depa. Maksudnya, daging depa tak pernahpun jadi masin. Tetapi, ikan di darat ni, klu kita duk lumur garam, akhirnya akan jadi ikan masin juga. Haa, itu baru maksud secara tersuratnya, macam mana pula maksud secara tersiratnya. Penulis buku ini nak kita kawal hati-hati kita supaya jadi ikan di laut, dan tak menjadi ikan di darat. walaupun apa yang kita tempuhi, hati kita harusla tetap pendiriannya, dan tak akan berubah dengan godaan-godaan, cabaran-cabaran di sekeliling. HAAA, macam mane, logik tak bidalan tadi, Jadi marilah kita fikir-fikirkan ya..

Selamat beramal dan selamat berbuka..

SALAM RAMADAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita. Sedar-sedar dah masuk haru yang ke-9 kite berpuasa. Tapi rasnyanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua. Semoga tahun ini kita dapat menjalaninya dengan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Bagi saya pula, tahun ini saya ingin berpuasa penuh dirumah selepas bertahun-tahun berpuasa jauh dari rumah. Dan kesempatan ini juga ingin saya gunakan untuk bersolat terawih penuh pada Ramadan kali ni, insyaAllah. Jadi apalagi, ayuh kita sama-sama merebut 'merit' untuk Ramadan kali ini.

Akhir kata, selamat beribadah.