Hi, I'm back.
After six years, I thought I'm already losing this page at all. Until one day, one of the students asks either I had a blog or not. So I said 'Ya, but it's a long time ago and I totally forget about the password to log in that (read: this) blog'. Return back from the class, and quickly search back this blog and nahhh, I'm back!!!!!
Six years. Too many things to write but shortens the story, I'm already graduated for my Master in 2018, offered with a good job (industry) at an established company, send out to work overseas, resign, started a small business and it's still growing, continues studying in PhD, working as a part-time lecturer at private college university, and getting married.
Right now, I still struggling to do my PhD, have two more experiments to be done. Wish me can handle it calmly and perfectly. So from today and onward, I'm planning to share all my knowledge, opinions and experiences during the last six years. Probably more topics on my field (animal science) or just a random topic.
Till then.
The Old Student
It's all about my thoughts, and experiences
Saturday, January 11, 2020
Monday, February 4, 2013
berani-berani untuk mencuba
“Kalau kamu tak
berani cuba, sampai bilapun kamu tak berganjak. Duk takuk sama jela”.
Itulah lebih kurang apa yang mak
aku cakap kat aku dulu masa dia suruh aku beli kereta. Masa tu memang aku tak berani langsung. Besar tanggungjawab
nak bayar bulan-bulan kereta ni, dengan servis lagi, duit minyak, duit tol. Tambahan
pulak masa tu aku baru bulan pertama masuk dan akan terima gaji/elaun. Bukan apa,
takut tak mampu bayar. Tapi aku tahu, mak aku suruh cuba dulu.
“ kalau tak cukup
duit, mak bayar. Cuba dulu”
Apa yang dia cakap tu semua untuk bagi
semangat kat aku kot. Memang selalu dia cakap macam tu. Tapu aku tetap tolak. Natijahnya,
masa aku kat U, dia telefon tanya nak kereta warna apa dan cakap dia nak
tempah. Nak tak nak aku ikutkan juga. (tak elok derhaka..hahaha).
Itu cerita 10 bulan lepas. Tapi sekarang
ni, apa yang aku fikir dulu memang agak jauh dari reality. Alhamdulillah,
tiap-tiap bulan aku mampu bayar duit kereta,
dan servis guna duit aku sendiri. Betollah, yang penting kita berani
cuba dulu, baru kita tahu apa bakal jadi. Kalau tak, memang kita duduk takat
situ jugakla sampai bila-bila dengan macam-macam fikiran negative. Tak salah
kalau ikut cakap orang tuakan.
Tapi sekarang ni, sebab berpegang
pada berani untuk mencubala kadang-kadang masalah jugak. Aku sekarang ni kalau
nak sesuatu perkara tu dah main beli je. Tula berani sangat. Kalau dulu
fikir-fikirla jugak sebelum beli, cukup ke duit sampai hujung bulan ke seme. Hahahaha,
masalah betul. Dan yang paling pelik, aku pernah tanya seorang perempuan,
memang satu-satunya perempuan yang pernah aku tanya samaada aku boleh masuk
meminang dia atau tak. Apa yang kelakar, kami tak bercintapun. Konon-konon nak
bercinta lepas kawinla.hahaha.Tapi gua serius n nekad beb masa tu..hahaha.
jawapan die biar kami je yang tahu…hahahaha.
So sape2 yang nak ikut cara aku,
tak perlu apa-apa, yang penting berani. Tak salah mencuba, biar menonggeng tak Berjaya
lepas cuba, dari menyesal kalau tak cuba. Hahahahaha. So selamat memberanikan
diri untuk mencuba (perkara yang baik-baik sahaja).
Wednesday, January 30, 2013
Balik rumah...anak manja..
“beb, de orang cakap
ko anak manja balik rumah tiap-tiap minggu… marah-marah”
Dawg, tak payahla aku
nak marah-marah. Memang betulpun aku selalu balik, tapi bukan sebab aku anak
manja, tapi satu tanggungjawab. Tanggungjawab anak pada mak ayah dia. Yela,
daripada aku sekolah sampai abu habis degree, parent aku boleh je luangkan masa
hujung minggu dating lawat aku. Siap bawak makanan lagi. Apa la salahnya aku
balas balik, memang tak terbalas tapi atleast bolehla bagi dorang happy sikit.
Tambah pulah aku tak
berkeluarga lagi, lagi la senang. Duduk kolej hujung minggu takda entertainment
la beb. Dan aku ada kemudahan dan kemampuan nak balik, so balik jela. Dapat makan
sedap-sedap and tengok tv pulah tu. Sok kalau dah berkeluarga sendiri, masa for
parent dah kurang. Tanggungjawab dah terbahagi dua, so baik guna kesempatan
yang ada.hahahaha
Dan yang paling
penting, kalau mak ayah aku ‘pergi’ dulu, sekurang-kurangnya aku puas masa
dengan depa n kalau aku yang pendek umur dulu, harap-harap mak ayah aku
gembirala dengan aku. Amin..
Monday, January 28, 2013
masa terus berjalan
Kalaula boleh diulang
masa yang dah lepas-lepas ni, dah lama aku ubah perkara yang tak baik pernah
aku buat, tapi apakan daya..Allah buat sesuatu itu ada sebabnya. Tak percaya
cuba fikir, kalau kita boleh ulang masa, dah tentu kita boleh ulang kesalahan kita
banyak kali tanpa rasa bersalah.. tapi kalau tak boleh ulang, itu tandanya
Allah ingatkan kita supaya jangan dibuat lagi perkara yang sama. Bak kata
orang, menyesal tak ada gunanya nanti
Apapun, yang dah
lepas, biarkan berlalu. Waktu sekarang yang perlu focus sebab yang sekarangla
akan bawak ke masa hadapan. Tak perlu menyesal kalau dah berusaha. Dan jangan
lupa untuk redha…ingat, redha bukan pasrah. Sebab ada orang cakap, redha itu
tandanya berserah pada ALLAH dan pasrah itu ibarat macam dah mengaku kalah
sangat.
Just chill, buatla
apa saja yang mahu asalkan baik. Biar menyesal dan malu sebab dh cuba, jangan
menyesal sebab tak mencuba sebab masa itu takkan berulang..
p/s: kejayaan, kegagalan, hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan semua ketentuan ALLAH.
p/s: kejayaan, kegagalan, hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan semua ketentuan ALLAH.
Thursday, November 22, 2012
hebat sungguh balasanNYA
Beberapa hari sudah, banyak yang memperkatakan mengenai konflik di Gaza. Masyaa ALLAH, kejam sungguh bangsat yang dilaknat itu buat dekat sedara-sedara seIslam kita dekat sana. Hari ini pula, orang banyak yang bergembira bila dapat tahu perjanjian genjatan senjata dimeterai. Malah, ape yang mengembirakan, dengar khabarnya genjatan senjata itu diminta sendiri oleh Israel yang muka 'muka tebal, otak kosong' tu.
OWH, alangkah gembiranyala aku rasa orang-orang di Palestin sana. Mungkin itu balasan ALLAH YANG MAHA AGUNG kepada hambaNYA yang sentiasa sabar, kuat mempertahankan hak dan agama, dan sentiasa bertawakal padaNYA..InshaaALLAH, kemenangan pada pihak yang benar..
P/s: Moga-moga ALLAH kurniakan kita kehebatan akhlak dan ketabahan seperti mereka di Palestin.
Subscribe to:
Posts (Atom)