Monday, February 4, 2013

berani-berani untuk mencuba


“Kalau kamu tak berani cuba, sampai bilapun kamu tak berganjak. Duk takuk sama jela”.

Itulah lebih kurang apa yang mak aku cakap kat aku dulu masa dia suruh aku beli kereta.  Masa tu memang aku tak berani langsung. Besar tanggungjawab nak bayar bulan-bulan kereta ni, dengan servis lagi, duit minyak, duit tol. Tambahan pulak masa tu aku baru bulan pertama masuk dan akan terima gaji/elaun. Bukan apa, takut tak mampu bayar. Tapi aku tahu, mak aku suruh cuba dulu.

“ kalau tak cukup duit, mak bayar. Cuba dulu”

 Apa yang dia cakap tu semua untuk bagi semangat kat aku kot. Memang selalu dia cakap macam tu. Tapu aku tetap tolak. Natijahnya, masa aku kat U, dia telefon tanya nak kereta warna apa dan cakap dia nak tempah. Nak tak nak aku ikutkan juga. (tak elok derhaka..hahaha).

Itu cerita 10 bulan lepas. Tapi sekarang ni, apa yang aku fikir dulu memang agak jauh dari reality. Alhamdulillah, tiap-tiap bulan aku mampu bayar duit kereta,  dan servis guna duit aku sendiri. Betollah, yang penting kita berani cuba dulu, baru kita tahu apa bakal jadi. Kalau tak, memang kita duduk takat situ jugakla sampai bila-bila dengan macam-macam fikiran negative. Tak salah kalau ikut cakap orang tuakan.

Tapi sekarang ni, sebab berpegang pada berani untuk mencubala kadang-kadang masalah jugak. Aku sekarang ni kalau nak sesuatu perkara tu dah main beli je. Tula berani sangat. Kalau dulu fikir-fikirla jugak sebelum beli, cukup ke duit sampai hujung bulan ke seme. Hahahaha, masalah betul. Dan yang paling pelik, aku pernah tanya seorang perempuan, memang satu-satunya perempuan yang pernah aku tanya samaada aku boleh masuk meminang dia atau tak. Apa yang kelakar, kami tak bercintapun. Konon-konon nak bercinta lepas kawinla.hahaha.Tapi gua serius n nekad beb masa tu..hahaha. jawapan die biar kami je yang tahu…hahahaha.

So sape2 yang nak ikut cara aku, tak perlu apa-apa, yang penting berani. Tak salah mencuba, biar menonggeng tak Berjaya lepas cuba, dari menyesal kalau tak cuba. Hahahahaha. So selamat memberanikan diri untuk mencuba (perkara yang baik-baik sahaja).