Wednesday, January 30, 2013

Balik rumah...anak manja..


“beb, de orang cakap ko anak manja balik rumah tiap-tiap minggu… marah-marah”
Dawg, tak payahla aku nak marah-marah. Memang betulpun aku selalu balik, tapi bukan sebab aku anak manja, tapi satu tanggungjawab. Tanggungjawab anak pada mak ayah dia. Yela, daripada aku sekolah sampai abu habis degree, parent aku boleh je luangkan masa hujung minggu dating lawat aku. Siap bawak makanan lagi. Apa la salahnya aku balas balik, memang tak terbalas tapi atleast bolehla bagi dorang happy sikit.
Tambah pulah aku tak berkeluarga lagi, lagi la senang. Duduk kolej hujung minggu takda entertainment la beb. Dan aku ada kemudahan dan kemampuan nak balik, so balik jela. Dapat makan sedap-sedap and tengok tv pulah tu. Sok kalau dah berkeluarga sendiri, masa for parent dah kurang. Tanggungjawab dah terbahagi dua, so baik guna kesempatan yang ada.hahahaha
Dan yang paling penting, kalau mak ayah aku ‘pergi’ dulu, sekurang-kurangnya aku puas masa dengan depa n kalau aku yang pendek umur dulu, harap-harap mak ayah aku gembirala dengan aku. Amin..

Monday, January 28, 2013

masa terus berjalan


Kalaula boleh diulang masa yang dah lepas-lepas ni, dah lama aku ubah perkara yang tak baik pernah aku buat, tapi apakan daya..Allah buat sesuatu itu ada sebabnya. Tak percaya cuba fikir, kalau kita boleh ulang masa, dah tentu kita boleh ulang kesalahan kita banyak kali tanpa rasa bersalah.. tapi kalau tak boleh ulang, itu tandanya Allah ingatkan kita supaya jangan dibuat lagi perkara yang sama. Bak kata orang, menyesal tak ada gunanya nanti
Apapun, yang dah lepas, biarkan berlalu. Waktu sekarang yang perlu focus sebab yang sekarangla akan bawak ke masa hadapan. Tak perlu menyesal kalau dah berusaha. Dan jangan lupa untuk redha…ingat, redha bukan pasrah. Sebab ada orang cakap, redha itu tandanya berserah pada ALLAH dan pasrah itu ibarat macam dah mengaku kalah sangat.
Just chill, buatla apa saja yang mahu asalkan baik. Biar menyesal dan malu sebab dh cuba, jangan menyesal sebab tak mencuba sebab masa itu takkan berulang..

p/s: kejayaan, kegagalan, hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan semua ketentuan ALLAH.