Wednesday, August 1, 2012

Macam-macam blog ada..


Sudah dekat 3 bulan dah aku tak buat masukan baru ni. Bukan tak pernah jenguk ke blog sendiri dalam 3 bulan ni ( adala 3-4 kali dalam seminggu), tapi rasa nak menulis tu takda. Bak kata orang, jiwa tu tak datang. Hahahaha.. Makanya, aku banyak habiskan masa melawat blog-blog blogger lain saja.  Yang pertama sekali mestila blog-blog yang aku selalu follow. Memang tak pernah tinggal. Lepas tu barula tengok-tengok blog-blog lain yang dah ada macam-macam cerita sekarang.

Ikut pengamatan aku, sekarang ni banyak orang buat blog yang temanya keislaman atau keagamaan, politik, cinta-cinta, pekerjaan, pelajaran, fesyen dan macam-macam lagila. Ada juga yang Cuma buat blog untuk suka-suka. Macam blog akula mungkin. Akupun taktau apa tema blog aku ni. Yela, dulu tengok orang ada blog, rasa gatal nak ada blog tu membuak-buak, lepas sebulan dua mulala hilang punca. Hahahaha.

Baikla, sebenarnya bukan aku nak cerita pasal blog aku, tapi blog-blog yang aku baca. Yela, sejak jadi pembaca blog secara sambilan ni. Paling aku tak suka baca ialah blog politik. Ohhh, memang bukan keminatan akula. Kalau tersinggah tu memang minta laluan jela. Bukan apa, blog-blog macam ni pada aku banyak kotor daripada bersihnya. Sebabnya, masing-masing nak menangkan pihak masing-masing. Tapi kebenarannya, wallahuaklam, hanya Allah yang mengetahui Itu takpa lagi, yang lagi menjengkelkan penulis ni semua nak mengutuk, menyalahkan pihak lain. Memang tak dapat diterima.

Blog lain yang penah aku jenguk banyak berkaitan keagamaan dan nasihat. Blog yang ni memang aku hormati. Bab agama memang bagus untuk dikongsi, nasihatpun macam tu. Moga-moga penulis dan pembaca mendapat kebaikan. Oh ya, lagi satu, harap-harap juga yang penulis itu bukan sahaja menulis, tapi tak serupa bikin. Nanti pembaca yang kenal anda tak percaya pada apa yang anda nasihatkan.

Tema cintan-cintan ni aku malas nak ulas, tapi satu lagi tema blog yang aku “salute” ialah  pekerjaan dan pelajaran. Bukan apa, blog-blog macam ni banyak bagi ilmu kat orang. Contohnya banyak rakan-rakan pengajian aku, junior-junior yang ceritakan apa yang kami belajar dalam kursus pengajian kami, jadi budak-budak yang nak isi boring UPU banyak dapat informasi, tak kurang juga yang bagi maklum balas dan pertanyaan pada blogger-blogger macam ni. Kira penulisan mereka itu member manfaatlakan.

Akhir sekali, yang paling aku suka baca ialah mengenai blog-blog resepi, troll dan yang saja suka-suka buat blog. Maksud saja-saja suka itu pada aku yang blognya takda tema spesifikla. Macam-macam cerita blogger ni tulis. Takla terlalu berat untuk dibaca. Santai. Memang sesuaila nak rehat-rehatkan minda…

p/s: sebenarnya tak tahu apa motif aku tulis ni.  Hahahaha.

2 comments:

  1. baru jumpa kot blog kau.
    si faiz bagitau ko ada blog.hehe :P

    ReplyDelete