Thursday, August 9, 2012

10 malam terakhir..



Alhamdulillah, dah masuk 10 malam terakhir dah kita dalam bulan Ramadhan ni. Seperti tahun-tahun sudah, memang banyak ustad-ustad, imam-iman dan orang-orang yang alim akan mengingatkan kembali pada kita tentang kelebihan 10 malam terakhir ini. Bukanla nak kata yang 20 malam awal Ramadhan itu tidak mempunyai kelebihan, tetapi 10 malam yang terakhir ini kelebihannya lebih lagi.

Mungkin semua orang sudah tahu yang dalam 10 malam terakhir ini mengandungi satu malam yang cukup-cukup banyak kelebihannya, malam LAILATULQADAR. Malam yang padanya mengandungi kelebihan lebih dari seribu bulan ibadah. Banyak tu. Kalau ikut pengiraan, 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun, 3 bulan lebih. Kalau pada malam itu diberi kelebihan lebih 1000 bulan ibadah, bermaksud pahala untuk ibadah selama 83 tahunlakan. Memang banyak. Untung kalau dapat. Kita kalau nak tunggu sampai umur 83 tahunpun belum tentu lagi sama pahalanya. Yela, kita tak tahu lagi mampu ke kita hidup sampai sebegitu lama, tambah pulak, yakin ke kita yang ibadah kita dari kecil sampai ke 83 tahun itu sempurna. Jadi, memang ramai antara kita yang harap sangat dapat merasai nikmat malam LAILATULQADAR ni.

Tapi bila sampai malamnya, itu kita tak tahu. Bak kata ustad-ustad yang selalu bagi tazkirah anatara solat terawih, malam itu rahsia ALLAH, sama seperti ganjaran pahala bagi orang yang berpuasa. Jadi, dah tentu-tentu jadi tanggungjawab kita sendiri untuk berusaha nak dapatkan malam tu. Sama macam kita nak dapat keputusan baik dalam ujianlakan, mesti kena usaha dengan study. Nak dapatkan malam LAILATULQADARpun kenala usaha dengan banyakkan buat ibadah dengan ikhlas dan sempurna. Dan jangala buat ibadah pilih-pilih malam pula. Contohnya buat malam ganjilje sebab ustad dah bagitahu LAILATULQADAR dating padan malam ganjil 10 malam terakhir.

Oh ya, sebut pasal ikhlas nak buat ibadah ni bukan senang. Susah. Contohnya, dalam kita solat tak kirala terawih ke, tahajjud ke, atau apa saja ibadah, mesti kadang-kadang tak dapat tumpu kat solat tu. Kadang-kadang fikir macam-macam. Hahahaha. Ingat, itu bukan godaan syaitan sebab diorang dah kena rantai. Mungkin itu godaan hawa nafsu kita. Jadi, bertahanla. Moga-moga tahun ini, Ramadhannya lebih barakah pada aku dan kamu semua. Insyaallah.

Wednesday, August 1, 2012

Macam-macam blog ada..


Sudah dekat 3 bulan dah aku tak buat masukan baru ni. Bukan tak pernah jenguk ke blog sendiri dalam 3 bulan ni ( adala 3-4 kali dalam seminggu), tapi rasa nak menulis tu takda. Bak kata orang, jiwa tu tak datang. Hahahaha.. Makanya, aku banyak habiskan masa melawat blog-blog blogger lain saja.  Yang pertama sekali mestila blog-blog yang aku selalu follow. Memang tak pernah tinggal. Lepas tu barula tengok-tengok blog-blog lain yang dah ada macam-macam cerita sekarang.

Ikut pengamatan aku, sekarang ni banyak orang buat blog yang temanya keislaman atau keagamaan, politik, cinta-cinta, pekerjaan, pelajaran, fesyen dan macam-macam lagila. Ada juga yang Cuma buat blog untuk suka-suka. Macam blog akula mungkin. Akupun taktau apa tema blog aku ni. Yela, dulu tengok orang ada blog, rasa gatal nak ada blog tu membuak-buak, lepas sebulan dua mulala hilang punca. Hahahaha.

Baikla, sebenarnya bukan aku nak cerita pasal blog aku, tapi blog-blog yang aku baca. Yela, sejak jadi pembaca blog secara sambilan ni. Paling aku tak suka baca ialah blog politik. Ohhh, memang bukan keminatan akula. Kalau tersinggah tu memang minta laluan jela. Bukan apa, blog-blog macam ni pada aku banyak kotor daripada bersihnya. Sebabnya, masing-masing nak menangkan pihak masing-masing. Tapi kebenarannya, wallahuaklam, hanya Allah yang mengetahui Itu takpa lagi, yang lagi menjengkelkan penulis ni semua nak mengutuk, menyalahkan pihak lain. Memang tak dapat diterima.

Blog lain yang penah aku jenguk banyak berkaitan keagamaan dan nasihat. Blog yang ni memang aku hormati. Bab agama memang bagus untuk dikongsi, nasihatpun macam tu. Moga-moga penulis dan pembaca mendapat kebaikan. Oh ya, lagi satu, harap-harap juga yang penulis itu bukan sahaja menulis, tapi tak serupa bikin. Nanti pembaca yang kenal anda tak percaya pada apa yang anda nasihatkan.

Tema cintan-cintan ni aku malas nak ulas, tapi satu lagi tema blog yang aku “salute” ialah  pekerjaan dan pelajaran. Bukan apa, blog-blog macam ni banyak bagi ilmu kat orang. Contohnya banyak rakan-rakan pengajian aku, junior-junior yang ceritakan apa yang kami belajar dalam kursus pengajian kami, jadi budak-budak yang nak isi boring UPU banyak dapat informasi, tak kurang juga yang bagi maklum balas dan pertanyaan pada blogger-blogger macam ni. Kira penulisan mereka itu member manfaatlakan.

Akhir sekali, yang paling aku suka baca ialah mengenai blog-blog resepi, troll dan yang saja suka-suka buat blog. Maksud saja-saja suka itu pada aku yang blognya takda tema spesifikla. Macam-macam cerita blogger ni tulis. Takla terlalu berat untuk dibaca. Santai. Memang sesuaila nak rehat-rehatkan minda…

p/s: sebenarnya tak tahu apa motif aku tulis ni.  Hahahaha.