Nak dijadikan cerita, Selasa baru ni adik aku yang lepas SPM
tu masuk wad, disyaki denggi. Memang minggu lepas boleh dikatakan hamper semua
ahli keluarga aku demam. Dari ayah sampaila adik. Jadi, pagi Selasa tu mak bawa
adik pergi buat ‘check up’ dekat hospital dan Dr. suruh masuk wad. Masa tu mak
dan adik aku je tinggal berdua dekat rumah. Petang tu mak aku telefon aku, masa
tu aku ‘blur-blur’ sebab baru bangun. Mak aku mengadu tak larat dan suruh aku
balik petang tu juga. Aku dengan selamba je ‘refuse’ sebab Rabu aku dah janji
dengan beberapa orang nak buat ultrasound. Mak aku cakap takpela dan letak telefon.
Lepas tu baru aku terfikir yang aku cakap tadi tu mak aku. Aduh, menyesal gila
beb sebab aku tolak tak mahu balik. Jadi aku ‘call’ member cakap batal program
esoknya, ‘message’ penyelia aku mintak cuti dan terus siap-siap nak balik.
Rasa
bersalah beb. Kalau anak sendiri tak mahu jaga mak, sapa lagi. Lepas maghrib aku pecut balik rumah. Sampai lebih
kurang pukul 9 lebih. Tengok mak aku dah sihat sikit, Cuma badan lemah-lemah.
Pagi rabu, pagi-pagi aku bawa mak aku pergi hospital. Nak ‘check’
darah. Tunggu lama juga. Tapi takpela, ramai lagi yang sakit. Lepas angka
giliran mak aku sampai, akupun ‘escort’ mak aku masuk jumpa Dr. First
impression masa tengok Dr. tu, okla. Macam dr lain. Tapi die check mak aku
sekejap je. Lepas tu aku pun start la perhati dr. 2. Alahai, siap simpan kuku
panjang dengan warna-warna lagi. Terus aku terfikir, boleh ke Dr. simpan kuku
panjang nak rawat pesakit. Even dia dr. perempuanpun aku tetap rasa tak patut. Yela,
walaupun pada dia dah cakap kuku tu bersih, tapi pada orang lain, orang-orang kampong,
tetap rasa kuku panjang tu kotor. Aduila dr.,
Jadi, ‘please’ bakal-bakal dr., dan juga dr-dr. lama,
tolongla ye. tolongla jaga etika, penampilan semua. ‘you should be a role model
for others’. Kan ke dr. selalu pesan pada pesakit kena jaga kebersihan selalu. Baru
penyakit tak mahu dekat. Apapun, semoga dr. tu sedar. Aku bukan marah, Cuma ‘curious’,
boleh ked r. simpan kuku panjang. Tu je. Kalau boleh takpela. Papepun, semua
family aku dah beransur ok. Adik akupun dah keluar wad. Tq pada dr n nurse ok.
p/s: jangan lupa (utamakan) berbakti pada parent dahulu,
sebelum berbakti pada perkara lain.